Monday, July 12, 2010

Sayur Lemak Labu

Ni lauk tengahari akak semalam....hari tu pergi pasar nampak ada orang jual pucuk labu...teringat dulu2 emak rajin buat..akak tolong siat2kan bulu-bulu pada batang sayur pucuk labu nih...(*Mat, bulu rabbit xyah buang eh...hahahaa). Akak pun rembat la seikat..then beli buah labu tu haa..sederhana besar jek....ambil sebahagian jek at sayur dengan pucuk tu...pastu masak ala-ala kampung, letak ikan bilis jek, no udang2 laaa....nnt x real kampung kan...heheee....selera weeeee...tp awas lah eh..kalau orang ada angin2 dalam badan, jaga2 sikit makan labu nih...akak ni pun ada masa xleh, ada masa ok jek, takut gak angin medu serang..hahahaa..

SAYUR LEMAK LABU

Bahan:-
  • 1/2 biji labu sederhana besar (kupas, basuh dan kerat2 kiub ikut 2 inci)
  • 1 ikat pucuk labu - siangkan buang bulu pd batang sayur tu..
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris serong
  • 1 sk. lada hitam - tumbuk2 (optional)
  • 1 genggam ikan bilis
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair, labu, bawang merah, bawang putih, cili, lada hitam (optional) dan ikan bilis dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Biarkan labu lembut sedikit.
  2. Masukkan santan pekat, pucuk labu dan garam. Kacau sekejap biar daun sayur layu.
  3. Seimbangkan rasa dan tutup api.

1 comment:

ima said...

salam kak ummi...kat umah saya ni ramai yang suka sayur masak lemak cam gini...ditambah pulak dgn ulam-ulaman...ermm sungguh berselera..