Thursday, July 1, 2010

Resepi Ros Jintan Manis Pula Disunting Majalah



Sekalung Tahniah Ros...!!!!

Nampaknya seorang lagi geng blogger masak2 telah berjaya dihidu oleh sebuah majalah yang tak kurang femesnya. Walaupun dah ada seorang dua sahabat blogger yang telah meletakkan entry ini, akak ingin juga mengambil peluang yang sama. Tahniah diucapkan kepada Ros Jintan Manis, yang dah memang pun terkenal dengan kepakarannya mencipta pelbagai jenis roti di kalangan bloggers masak-masak ni kerana 13 jenis resepi roti/bun berbagai jenis telah disunting oleh majalah Mingguan Wanita untuk menghiasi ruangan Sajian Selera bagi edisi 1 Julai 2010. Teringat dalam sebulan dua yang lepas masa berYM dengan Ros, dia ada bg tau tengah sibuk sikit sebab ada projek dengan sebuah majalah...dan inilah dia hasilnya....

Ros, akak tumpang bangga dan turut teruja bila melihat apa yang terpampang di majalah tersebut...Semoga apa yang dikongsikan selama ini akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada Ros atas keikhlasannya itu...Hendaknya selepas ini, akan bertambah-tambah lagi lah resepi-resepi baru yang akan dikongsikan oleh Ros dengan kita semua...Walaupun sekarang Ros sedang berada di hospital kerana sedikit masalah kesihatan berkaitan kehamilannya, diharap dengan berita gembira ini sedikit sebanyak menjadi ubat dan penawar buat Ros yang begitu rindukan anak-anaknya dan diminta berehat secukupnya sepanjang berada di hospital...Kami di sini sentiasa mendoakan Ros diberikan kesihatan yang baik jua dan dapat kembali bersama di alam maya ini. Sekali lagi dari akak dan juga teman-teman blogger di alam maya ini ingin menyatakan rasa bangga dan tahniah buat Ros!!!













15 comments:

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Seronokkan tgk geng masak2 kita menghiasai majalah2 di Malaysia...tapi yang penting majalah tu tak "CURI"...apa2 pun tahniah utk ROS..anda mmg layak,pic pun lawa2..i likeee...

Jagungmanis said...

Congrats.... :D

hana said...

tahniahhhhh! lepas nih arap2 k.ummi pulak! disunting dengan penuh sopan! sirih junjung 12 tingkat! hihi.. mampuih kang abg Nu igt org nk melamar bini dier.. ekekeke.. ai pong tak suka taw curik2 nih!! huH!

CatlinaFly said...

wah tahniah kak ros!memula ingatkan resepi dia kena curik, rupanye ada pinangan yang sah!:)..tahniah2..thanks kak for the info!

ain said...

salam kak ummi...bestnya tengok ramai blogger yg mula mendpt perhatian. tahniah juga utk ros atas penghargaan yg diterima. She deserved it!! pas ni turn akak pulak kot!

emy/mamasuri said...

ooo..kena beli majalah tu...

ilahjy said...

salam selamat pagi..
ilah balik dari HKL apmnt dgn doktor ..nampak jer majalah ni terus je beli..buat kenangan...kwn2 blogger kita..terasa sgt dihargai..

lina said...

salam kenal pn Ummi..Tahniah kepada kak ROS

DjDayang Jack said...

salam kak ummi....tq sudi visit dyg. miss u! hrp2 akak sht n ceria selalu. dyg pun baru nk aktif balik di alam maya ni stlh sebulan bercuti..hehe.

Tahniah juga buat ros atas penghargaan tersebut. semoga ros sht dan dipermudahkan segala urusannya...amin. nanti nak belilah majalah tu...dh lm gak termiss...hehe

Yatie said...

Salam K.Ummi,
Yatie pun rasa gembira dan berbangga dngn Ros...lepas ni giliran akak pula agaknya....aritu dah ada bayang2 Home Sweet Home....tak lama lagilah tu....mudah2an..

LOVELY KITCHEN said...

Salam kak..
Tahniah utk ros! semoga cepat sembuh..
lepas ni turn home sweet home pulak..insyaallah.

Sharinginfoz said...

tahniah kepada ros. laparnya tengok makanan pagi2 ni... anyway jom tukar2 link, i dah link urs

http://sharinginfoz.blogspot.com/

Love2cook Malaysia said...

Love pun tumpang happy kak Ummi! Mmg seronok geng kita! hehehe ;)

Bought the magazine once Jiya announced it. Great effort ROS! :D

yan said...

Seronok kan tgk org berjaya...

Fiza Amran said...

tq for info k umie.... best nya tahniah k ros