Showing posts with label kerang. Show all posts
Showing posts with label kerang. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Kerang Tumis Berkicap - Lauk Bidan Terjun

Assalamualaikum.....waaaah sungguhlah bz tuan rumah ni haaa....sampai xdan nak hapdet apapun sejak semalam... Ya laaa, pagi semalam lepas sahur mcm biasalah tak tidor dah...dah biasa camtu, mata x mo lena..duk ingat macam-macam kerja nak buat. Pagi-pagi dah basuh kat porch tu ha, pastu masuk rumah mop lantai segala dari ruang tamu terus ke dapur...adeeeii, sakit pinggangku. Pastu tengahari keluar dengan anak2 dara jek, cari barang sikit. Jem giloosss bandar Kuantan semalam...huk alaahh...

Okay lah layan dulu lauk hari jumaat kelmarin dah ni...Ni lauk bidan terjun eh...tayang gambar jek laa kot, xyah resepi laaa, sebab senang sangat, tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, halia, masukkan kiub pati ayam, kicap cair, kicap pekat dan sos cili sikit, letak garam gula secukup rasa daaahhh...siap laaaa...senang baiiituuuu..hehe


Friday, August 7, 2009

Lala Goreng

Ni menu malam tadi sebenarnya...masak beriya sikit sebab abanglong ada bawak kawan dia Hafizi budak Kuching, Sarawak yang tak balik bercuti pun ke sana wpun pihak U dah isytiharkan cuti coz H1N1 selama seminggu...rata2 dia ke rumah kawan2 sampai ke Terengganu dan semalam balik semula ke Kuantan dan tido di rumah Ummi...Kawan abanglong ni x bese makan apa2 jenis seafood..jadi semalam Ummi masak lala ni dia makan, cakap sedap...Tu pasal la x sempat nak letak entry siang tadi..bz sikit laa...K, meh la layan lagi resepi dari buku Kak Liza tuh...
Bahan:-
  • 1 kg siput lala
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai cili merah (dihiris)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 tangkai daun sup (dihiris - *akak letak daun bawang)
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:-

  1. Siput lala direndamkan ke dalam air sebentar. Kemudian basuh dan toskan. (*semasa memabasuh lala, pastikan kulit lala terbuka kerana biasanya lumpur terperangkap di dalam lala yang bertutup rapat).
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan siput lala. Kacau rata.
  4. Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
  5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.

Tuesday, May 5, 2009

Rendang Kerang

Lama sungguh x makan kerang...baru ni wat kue teow kerang, terasa lak nak makan lauk kerang..surf pnya surf kat dapur Kak Hanieliza, terliur tengok rendang kerang ni...apa lagi layaan laaa, lauk tengahari semalam..Tapi Ummi x masak kering sangat sebab nak basah2 sikit nak gaul dengan nasi...memang besttt..selera sakan hubby dan anak2 makan...terutama Abanglong, memang peminat kerang..Ummi nak C & P je ni ya...Thanks Kak Liza!

Bahan:-
  • 1 kg kerang [rebus dan ambil isi]
  • 1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
  • 2 s/b kerisik
  • daun limau purut
  • daun kunyit [jika suka]
  • garam
  • gula
  • minyak
Bahan mesin:-
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
  2. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
  3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
  4. Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
  5. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti kerang akan liat.
  6. Angkat dan hidangkan.

Monday, May 4, 2009

Kue Teow Kerang Cili Padi

Menu brunch pagi Sabtu sebenarnya ni...tengahari tu Ummi pergi kenduri majlis kesyukuran member ofis...meh je la layaann...kue teow pedas berapi gak nih! hehe..baru laku kalau pedas camni... Bahan:-
  • 2 paket kue teow - dibasuh dan tos.
  • 1 kg kerang - direbus dan keluarkan isinya
  • 10 tangkai cili padi - ketuk
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 7 biji bawang merah - tumbuk
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk
  • segenggam daun kucai - kerat 1 in.
  • 200 gm taugeh
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan goreng hingga wangi dan layu kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili masak/pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan kerang dan kacau biar mesra sebentar.
  5. Masukkan kue teow dan kacau gaul rata dengan bahan.
  6. Masukkan daun kucai dan taugeh, kacau rata sekejap saja (jangan terlalu layu). Tutup api dan hidangkan.

Wednesday, January 16, 2008

Nasi Lemak Sambal Kerang


Hari ni balik, anak bongsu mintak nasi lemak...tapi nak sambal kerang...ha alaaa...ayoo manyak songei lak anakanda ku ini...xpa, pasar malam ada hari ni, 10 langkah je dari rumah hehe...hb pun menapak le g cari kerang...balik terus basuh n rebus...dgn hb kena kopek kerang...tq hb..(*emm dia makan byak sekali...hehe..)

Nasi lemak, xyah resepi la ek...mcm bese2 tu le..tp ummi prefer letak serai, halia dan daun pandan...

Bahan:-
1 kilo kerang - basuh bersih dan rebus, keluarkan isi.
15 tangkai cili kering - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih - ketuk/cincang
3 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 labu bawang besar - potong bulat
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis dulu bawang besar n bawang putih (*this is my style, bau bwg tu mengharumkan sambal nanti)...goreng hingga kekuningan tepi bawang. Masukkan cili dan bawang yang telah dikisar. Kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan gula pasir. Masukkan kerang dan letak garam. Masak hingga sebati dan kacau hingga kuah agak pekat. Angkat dan hidang.