Tuesday, May 5, 2009

Rendang Kerang

Lama sungguh x makan kerang...baru ni wat kue teow kerang, terasa lak nak makan lauk kerang..surf pnya surf kat dapur Kak Hanieliza, terliur tengok rendang kerang ni...apa lagi layaan laaa, lauk tengahari semalam..Tapi Ummi x masak kering sangat sebab nak basah2 sikit nak gaul dengan nasi...memang besttt..selera sakan hubby dan anak2 makan...terutama Abanglong, memang peminat kerang..Ummi nak C & P je ni ya...Thanks Kak Liza!

Bahan:-
  • 1 kg kerang [rebus dan ambil isi]
  • 1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
  • 2 s/b kerisik
  • daun limau purut
  • daun kunyit [jika suka]
  • garam
  • gula
  • minyak
Bahan mesin:-
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
  2. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
  3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
  4. Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
  5. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti kerang akan liat.
  6. Angkat dan hidangkan.

6 comments:

Tie said...

Salam,

Ooo...gitu rupanya rendang kerang. Biasa dengar citer2 orang je... Macam sedap lak, he he..

Azita said...

saya kalau buat rendang, tak pernah tumis2. masukkan aje semua bahan dalam kuali dan tenggek terus atas api sampai le kering. rendang versi kerisik ni memang sedap, kena pulak dengan kerang. best!!!

ain said...

plan nak buat rendang ayam kampung esok. ntah jd ke tak..hihi

Aymy with love said...

amboi k ummi, sdapnyer kerang.. lama tak jumpe kerangg... tgk k ummi masak nie, teringat plak rendang kerang bonda...hukhukhuk...

Maya said...

I don't think I will ever get bored with rendang!!

Fay said...

Salam Umi..saya memang suka makan rendang kerang ni masa belajar di s.alam dulu kalau makan nasi lemak mesti ngan rendang kerang.Wah bestnya blog umi ni, terima kasih banyak2 ya.