Saturday, May 2, 2009

Egyptian On Rush Sandwich

Actually buat sandwich ni pagi Khamis kelmarin, x sempat nak posting sebab petang tu my parents datang ke rumah, pagi tadi baru balik..Resepi asal dari butterflyoncake@MyR, tapi Ummi dapat dari dapur Jun nih! Haa, sapa rasa nak cepat je sediakan bekfes, leh la wat ni, dah namapun "on rush sandwich" kan? Sedap nih, Aiman siap meratah bahan sandwich ni...Thanks Jun.

Bahan:-
  • 2 - 3 helai sayur kobis (dipotong nipis2)
  • 1 keping daging burger (dihancurkan)
  • 1 biji bawang besar (racik2)
  • 1 biji telor ayam
  • carrot (dipotong halus-halus)
  • 2 biji cili merah (diracik) (*ummi letak 1 biji je)
  • garam secukup rasa
  • roti gardenia secukupnya
  • 1 sudu besar mayonis
  • sos cili
  • slice cheese/cheesedale

Cara Menyediakan:-

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan cili yang dipotong, kacau. Masukkan burger pula, gaul sekata hingga burger masak.
  3. Masukkan pula sayur kobis dan carrot. Gaul dalam 2 minit.
  4. Lepas tu pecahkan telor dalam kuali. Jangan scramble dulu, Biar sekejap, baru scramble telor tu. Gaul dengan bahan2 hingga masak. Tutup api.
  5. Pindahkan dalam mangkuk dan masukkan mahyonis, gaul sekata.
  6. Kemudian masukkan sos cili (jika suka).
  7. Letak bahan antara 2 keping roti tadi serta slice cheese. Siap!

1 comment:

ain said...

mesti sedap sandwic ni sesedap namanya.