Sunday, May 3, 2009

Ikan Siakap Stim Tiga Rasa

Ikan siakap ni Ummi masak untuk dinner dengan my parents yang datang ke rumah Ummi Khamis malam kelmarin. My parents ni datang mengejut jek..saja nak jalan2 rumah anak2 diaorang..Ha, tunggang langgang la balik kerja Ummi duk masak..hahaa..suka parents datang.. Pagi Jumaat kitaorang pergi rumah abang Ummi lak, makan tenghari dan petang makan kat rumah adik..malam baru balik ke rumah, dah kenyang perut gitu..pastu mengadap tengok OIM Grand Final jek..hehe..my parents tidur rumah adik lak, gilir-gilir la kan..
Ok balik kepada resepi Chef Norzailina ni Ummi ceduk dari dapur Noreen...thanks Noreen, thanks Chef...sedap betul..mak Ummi kata, masuk rumah Ummi, sedap je bau ikan yang baru siap masak masa tu..hehe
Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

No comments: