Tuesday, May 19, 2009

Kuih Bom Pisang




Ok, xyah citer pjg la eh...layan la kuih bom pisang ni...memang lembut dan mudah nak buat...cuma lambat nak kena perap 2 jam tu jek...Resepi dari Chef Norz yang terkenal itewww...
Bahan:-
  • 600 gm pisang ranum (*ummi guna pisang berangan)
  • 1 biji telor
  • 120 ml susu segar/santan
  • 60 - 70 gm gula pasir
  • 210 - 230 gm tepung gandum (leh adjust laa)
  • 1 camca teh soda bikarbonat
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Dalam mangkuk, lecek pisang dan masukkan telor, susu dan gula.
  2. Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. (Adunan hendaklah agak keras, jika lembik bentuknya tidak akan bulat semasa menggoreng).
  3. Biarkan adunan selama 2 jam barulah bentukkan bulat dan goreng dalam minyak panas hingga berwarna kecoklatan. Toskan minyak dan hidang.

4 comments:

leen said...

ini makan panas2 dgn air kopi..Pergh!!!...nyaman...

ain said...

kak..nape nak kena biokan 2 jam?? hehe.

Anonymous said...

Bru naik kak...

Unknown said...

600 grm pisg tu lbih kurg brpa bji?