Saturday, May 2, 2009

Nasi Goreng Telor Asin

Hari tu ronda2 dapur Noreen dapatlah idea buat nasi goreng nih..ada nasi lebih, dah x reti nak goreng macam mana dah..kebetulan telor masin pun ada...tp Ummi adjust dengan bahan yang ada kat dapur ni je laaa..best rasa telor masin dengan nasi goreng nih...Thanks Noreen...
Bahan:-
  • 4 cawan nasi putih sejuk
  • 200 gm isi ayam (*ummi letak daging)
  • 3 biji telor (*ummi x letak pun)
  • 1 biji telor asin siap direbus (dilenyekkan dengan garfu)
  • 1/2 batang carrot - hiris memanjang (*ummi tambah ni)
  • 2 sudu besar kicap
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa (*ummi x letak)

Bahan Tumbuk:-

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi (*ummi tambah jadi 10 biji)
  • 1 sudu besar udang kering (rendam dgn air panas sebentar)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan goreng telor buat scramble. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan lagi minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan isi ayam/daging dan kacau sebati..Biar isi ayam/daging empuk.
  4. Kemudian masukkan telor asin, kicap, garam, serbuk lada hitam, telor scramble dan nasi.
  5. Gaulkan kesemuanya dan goreng rata hingga nasi kelihatan berasap.
  6. Angkat dan hidangkan.

2 comments:

ain said...

sedap tak kak?? x masin sgt ke??

Ummi said...

sedap...masin tu agak2 laa..kalau jenis telor masin yg mmg masin tu, igt xyah letak garam dah laa..yang ni akak beli org kampung pnya, baru gak buat, x masin sangat telor dia..so leh letak garam sikit laa :D