Thursday, May 14, 2009

Ketam Hokkaido Style

Lauk dinner malam ni..semalam Ummi pergi pasar malam kat rumah ni...nampak ketam ni punyalah besauuuu...apa lagi rembat la 3 ekor, haa amik...harga RM26.00 weiii, igt nak tambah 4 ekor...hehe..tamak lak, tapi bila tengok harga jadi RM33.00, Ummi n hubby terkejut, letak balik laa..sebenarnya 3 ekor pun dah lebih cukup..xtau nape jadi cam ala-ala tamak..agaknya dah lama pendam nak cari ketam besauuu nih! Hehe..Pastu beli ikan kerapu, ikan pelalin dan sotong..tu diaa...dekat RM60.00 semua...belum masuk sayur2 lagi..ish, ish..mahal kan, ingat kat pasar2 malam murah, lebihkurang je dgn supermarket pun..hehe..K, meh makan ketam dulu laaa..Resepi ni dari Mesra.net...best weiii...memang kena ratah dengan hubby n kids...nasi x berapa nak jamah jek!

Bahan:-
  • 4 ekor ketam (*ummi buat 3 ekor jek)
  • sedikit udang kering (rendam air panas dan tumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 tangkai cili besar/merah (dikisar)
  • 2 tangkai cili hijau (dikisar)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • sedikit belacan (dikisar)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 - 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
Hiasan :
  • 2 tangkai cili kering (dipotong 4)
  • 1 biji bawang besar Holland (potong bulat)
  • daun bawang/sup/ketumbar (ikut suka)
Tengok separuh isinya...mmg banyak..puas hati!!!

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ketam, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Kacau hingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan pula gula, garam dan udang kering tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan daun kari dan ketam yang digoreng tadi. Gaul rata hingga sebati dan seimbangkan rasa.
  5. Kecilkan api dan masukkan semua bahan hiasan. Kacau sebentar dan tutup api.
sebahagian ketam yang terhidang...

4 comments:

ain said...

terliur pulak tengok ketam akak ni la.

zaliana said...

salam kak umi
amboi..ketam tu nampak sodap...berbaloilah beli mahal2 kan!!

makcikkantin said...

amboi, meleleh air liur bila jengok rumah ummi ni

::ADleez:: said...

akak..mai la dtg jubailll.
leh masak ketam byk2..kat cni SR5/kg...pak arab x makan ketam...tinggal kami org2 mesia..indon n filipino jer yg makan...yum2..nnt sy nak try respi nih...
thanx...