Wednesday, May 13, 2009

Mee Kolok

Pernah dengar x nama mee ni...Ummi mmg tak pernah dengar dan tak pernah rasa pun...Aritu jalan-jalan dapur Che Da Sam (mamaera), ternampak mee ni..teringin la nak rasa dan yang penting cara nak masaknya mmg habis senang dan ringkas...Sedap dimakan dengan sup daging atau tulang...Meh layaannn...sukatan ni ikut akak la eh, sebab kat dapur CDS tak letak sukatan bahan pun...
Bahan:-
  • Mee sanggul/mee halus warna kuning (akak guna 1 bgkus mee kuning biasa tu je)
  • 4 sudu besar minyak bawang putih (*tgk cara buat di bawah)
  • 2 pokok daun bawang - hiris halus
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • bawang goreng secukupnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa (optional)
  • 300 gm daging - direbus buat sup seperti biasa
  • taugeh secukupnya
  • Sambal kicap cili padi - buat sendiri eh..
Cara Memasak:-
  1. Rebus mee dan toskan.
  2. Dalam mangkuk besar, gaulkan kicap cair, kicap pekat, sebahagian daun bawang, sebahagian bawang goreng, minyak bawang putih, garam dan aji dan seimbangkan rasa.
  3. Celurkan mee ke dalam sup daging sekejap dan angkat serta gaulkan mee dan masukkan sebahagian taugeh sekali ke dalam mangkuk tadi.
  4. Bila menghidang hias lagi dengan sebahagian taugeh, daun bawang dan bawang goreng. Mee kolok ni sedap dimakan dengan sambal kicap cili padi..

Nota : Minyak bawang putih boleh disediakan sendiri - kupas beberapa biji bawang putih, hiris dan goreng dengan sedikit minyak hingga agak kekuningan. Masukkan sebahagian lagi minyak masak dan biarkan terendam selama beberapa jam hingga minyak tu ada bau bawang putih laaa...

4 comments:

ain said...

saya pun baru ni dengar mee kolok. mesti sedap kan.

dila~noor said...

mee kolok ni mknn org sarawak kn..nmpk sedapla kak ummi..mmg sng mmbuatnye,mcm buat mee goreng indomee pun ye jugak yea..sebab bncuh gitu je..
thanks for the recipi =)

Anonymous said...

salam,dlm tgh dok cari2 rsepi tjumpa pulak blog akak ni. Tp rsepi mi kolok akak ni cam len jek.. mcm mi greng indomie org kat ats tu komen.. hehe, anyway thanx ats rsepi2 yg lain tu eh..

Nono Lu said...

kecik ati tengok.. mee kolok yang ori bukan gni lah... mana ada pakai mee kuning untuk bwat mee kolok. . sori kak...