Saturday, May 23, 2009

Garlic Chicken Parmesan

Selamat berhujung minggu semua..Ummi ni baru je balik dari daftar Najiha..alhamdulillah dah siap dan selamat semuanya. Mulai esok dia akan bertolak ke Uitm Jengka untuk menjalani sesi mesra siswa/i di sana dan akan balik semula ke Kuantan pada 27 Mei untuk memulakan kuliah Asasi TESL di Uitm Kuantan selama 1 tahun sebelum sambung Bachelor nnt...Ok tinggal dulu citer dia k, nnt later eh..lgpun lupa nk amik gambar2 dia que masa register td, Ummi pun dgr taklimat utk parents, manusia ramai sgt, segan gak..hehe...Pastu sibuk angkut barang2 dia ke bilik dan keluar beli sikit2 lg barang..pun lupa jugak nk snap gambor...aiisshh..kamera bawak pun, x teringat lgsung..

Ni baru sempat letak entry...Ayam parmesan ni memang sedap..lebih sedap dari KFC tau...Semua anak2 suka.. Lauk dinner semalam jugak ni...Nak buat senang dan sedap...itu mmg "trademark" Ummi la kaan..X caya, cuba try...memang recommended! Resepi dari dapur Aymy ni. Terima kasih banyak Aymy..Kalau rasa nak makan KFC or nak wat birthday untuk budak2 better buat ni, lebih baik sebab ianya dibakar tapi ranggup sungguh! Ummi ada jugak goreng ayam ni 2 ketul, cuma bila digoreng warna luarnya lebih gelap, kurang cantik..tp rasa not bad!! Ok meh tgk resepi...

Bahan:-
  • 4 keping dada ayam saiz sederhana - bersihkan (*akak guna dada + paha semua)
  • 2 sb air perahan lemon
  • 1 ulas bawang putih - diparut
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 2 sb daun parsley - dicincang (*akak guna dried parsley je)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/2 cawan parutan parmesan cheese
  • 1 sb minyak zaitun
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan ayam dengan sebahagian (1 sb.) daun parsley, bawang putih, minyak zaitun, serbuk lada hitam, garam dan air perahan lemon. Perap selama 30 minit - 1 jam (*akak perap 1 jam..lebih sedap dan lembut ayamnya).
  2. Dalam bekas lain, gaul rata breadcrumbs, baki 1 sudu besar daun parsley dan parmesan cheese. Ketepikan.
  3. Toskan ayam. Gaul dengan tepung gandum.
  4. Celup dalam telor dan golekkan rata ayam tadi dalam campuran serbuk roti. Buat hingga ayam habis semua disalut.
  5. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit minyak zaitun.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit (x perlu diterbalikkan/dialihkan semasa membakar). Biar masak.
  7. Hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.

4 comments:

makcikkantin said...

mak aiiii ayam pulak dah, tak terkejor, hari tu baru tgk puding laici.
najiha uitm jengka or kuantan. apasal dia pi 2 tpt?
my adil dpt uitm bukit mertajam, nxt month register

ummi said...

Makcikkantin -
Ish masak sempoi2 je tu..boleh kejor lg..hehe..
Najiha dpt Uitm Kuantan..dia jalani sesi suaikenal kat Jengka sbb Pengarah Uitm n petugas suaikenal ramai duk kampus sana..Utk Asasi TESL dia pnya kampus d Uitm Kuantan 1 tahun then terus ke Bachelor je nnt, maybe di PJ pulak..lapor diri pun awal dari budak2 Diploma tu..

Aymy With L♥ve said...

salam k ummi.. thanks sudi cube... nampak marveles ayam tue... :)

DAPUR ITU DUNIA KU said...

sedapnya,,,,,,,,,,,,, terliur tengok...