Sunday, May 17, 2009

Lemon Yogurt Muffin



Petang semalam balik dari shopping barang2 Najiha, Ummi sempat buat muffin ni...dah lama simpan resepi..ni baru dapat buat...heeee...Resepi dari Aunty Yochana tu...memang best betul muffin ni...lemak2 dengan rasa lemon...sedaaaappp!! Abang long sekali tibai 5 ketul...iissshhh..Ummi wat 2 x dari bahan asal ni...

Bahan:- (lebih kurang 8 ketul muffin cup spt gambar)
  • 100 gm tepung kek/tepung naik sendiri
  • 1 tsp. baking powder
  • 2 tsp. lemon juice
  • 1/2 tsp. lemon paste (optional)
  • 100 gm plain yogurt
  • 50 gm gula kastor
  • 50 gm mentega
  • 1 biji telor
Cara-Cara:-
  1. Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
  2. Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan yogurt, jus lemon, lemon paste dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
  4. Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masin).
  6. Sejukkan atas wire rack.

5 comments:

ain said...

sedap ekh kak???nak try la..sat lg nak kuar..boleh le gi beli yogurt. yeah..yeah!!

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam akak...
sedapnye nampak muffin nih...wat pon cam senang...

MamaFaMi said...

Alamak, dahlah ada lemon, ada yogurt lagi.. ini yang buat amat teruja ni...

Tahniah buat anak Ummi yang bakal melanjutkan pelajaran ke menara gading. All the best!

cikmanggis said...

salam ummi...kita dok cari resepi muffin yg senang dan sedap..akhirnya bertemu di sini..hmm kita ambuk ya!

Suliana said...

kak ummi, saya dah cuba.. mmg sedap .. sy ada buat entry kat blog saya..

http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/2011/03/muffin-lemon-yogurt.html