Saturday, May 9, 2009

Sanma No Tatsuta Age (Ikan Kerisi Goreng ala Jepun..hehe)

Ini bukan ikan Sanma, cuma ikan kerisi, tapi diperap dan digoreng menggunakan resepi dari kak Yani @ MyResipi tuh...Sedap berperisa ikan ni..Aiman dan hubby meratah je...Menu malam kelmarin laaa..hehe..x sempat nk letak awal2 entry ni..banyak hal.

Bahan:-
  • 3 ekor ikan Sanma (apa-apa ikan pun boleh)
  • 1/2 inci halia muda - parut
  • 1 ulas bawang putih - parut
  • 1/2 tangkai daun bawang - dicincang
  • 3 sudu besar kicap jepun (ummi xda ni, tp campur kicap manis + sos plum)
  • Tepung katakuriko (kanji)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
  1. Bersihkan ikan, hiris isi ikan. Ambil isi ikan dan buang tulang. Potong ikut suka.
  2. Rendam ikan dnegan semua bahan kecuali tepung katakuriko (kanji) selama 1 jam.
  3. Keringkan ika dengan kitchen paper. Kemudian sapukan dengan tepung kanji.
  4. Goreng dalam minyak penuh.

No comments: