Thursday, May 14, 2009

Pisang Bakar Berkeju

Malam kelmariin Ummi x masak sebab banyak sangat urusan lepas balik ofis...meneman Najiha n her cousin membeli barangan keperluan untuk masuk U x lama lagi...tarikh pendaftaran 23 Mei ni untuk Najiha bagi kursus Asasi TESL di Uitm Kuantan dan her cousin UIA PJ. Jadi kitaorang tapau je lah untuk makan malam...Ummi saja wat ni bagi dia makan2 sebab budak2 ni berjaga malam untuk online Uitm n UIA, nak print agreement...x tau laa diaorg tdo kul berapa malam tadi..Layan je la dessert ni eh..Resepi Azwalissa@MyR..senang ek, tapi x pernah terfikir pun nak buat..hehe

Bahan:-
  • 2 biji pisang montel (ummi guna pisang berangan)
  • keju parut
  • susu/krimer manis
  • sos coklat (Hershey's) - *kalau xda boleh bancuh milo+air or cooking chocolate
Cara-Cara:-
  1. Kopek pisang dan potong memanjang.
  2. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 2 minit atau guna api dapur sampai layu dan berbau wangi.
  3. Sapukan krimer pada bahagian tengah pisang dan katup semula pisang.
  4. Curahkan sos coklat dan tabur keju parut.

3 comments:

Nor said...

salam k.ummi.. camna sedap ke tak dessert ni? aritu k.ummi tanya nor rasa dia camna kan..

ummi said...

Aah..sedap makan dengan keju tuh..hehe..tp xleh bnyak..takut kat keju tu..akak rasa je laaa..budak2 suka..thanks Nor!

ain said...

Tahniah untuk anak akak Najiha. seronok dgr bila anak org nak masuk U. Semoga Najiha cemerlang di U nanti.

desert tu mseti sdp kan..ada coklat ada keju. mesti bdk2 suka!