Kuih lapis ni mmg lama dah Ummi plan nak buat, suka sangat2..rebus kacang merah, letak dalam fridge dah semalaman dah..Jadi walaupun x masak lauk-pauk, tangan tetap gatal gak nak masak2...So ummi layan kuih ni...Resepi dari buku Kak Liza yang dia souvenir kat Ummi dulu...Meh pakat-pakat buat, memang mudah, gerenti jadi dan mmg sedap!! hehe..
- 2 cawan santan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu teh garam
Bahan B:-
- 1 cawan kacang merah rebus (dikisar kasar2 sikit)
- 1 cawan air
- sedikit pewarna merah
Bahan C:-
- 1/4 cawan air

- Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Tapiskan dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satukan bahan B, dan campurkan ke dalam satu bahagian tadi. Kacau rata.
- Satu bahagian plain tadi dicampurkan dengan 1/4 cawan air (bahan C) dan gaul rata.
- Panaskan loyang bulat dalam kukusan sebentar dan tuangkan 1 senduk bahan B (kacang merah) dan kukus selama 10 minit.
- Lapiskan pula satu senduk adunan plain dan kukus selama 8 minit.
- Ulangi proses melapis berselang seli hingga habis. (*ummi kukus lapisan terakhir agak lama, lebih kurang 10 - 12 minit).
- Angkat dan biar kuih benar2 sejuk dulu, baru dipotong.
* balut penutup kukusan dengan kitchen towel semasa mengkukus agar air tidak jatuh ke
permukaan kuih.
1 comment:
tak pernah rasa la kak. bak sini sepinggan.pleaseee!!!!
Post a Comment