Salam Aidilfitri dan salam penuh kerinduan dari akak dan family buat semua pengunjung, teman dan rakan-rakan yang sentiasa sudi mengunjungi dapur Home Sweet Home... Akak mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon maaf atas segala salah dan silap yang pastinya ada tanpa disengajakan dan tidak terniat. Segala sengketa biarlah berlalu, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan dan panduan. Moga kita dapat menerima kekurangan diri masing-masing seadanya. Semoga ukhwah yang terbina dapat dibaja dan kekal selamanya antara kita.
Mohon berbanyak maaf kerana terpaksa membiarkan dapur sunyi agak lama, al maklumlah harap-harap kalian faham lah kan bila dah bercuti raya tu....mood nak update agak suram. Keletihan pulang dari kampung dan hari Rabu lepas akak dah mula bekerja walaupun mood raya masih kuat. Penat nak setelkan segala beg dan kain baju yang berganda-ganda jadinya dan rutin harian yang semakin sibuk pulak.
Pastu cuti sabtu baru ni dah shoot ke Sedenak beraya di rumah Mat. Ahad pulak hb dah hantar Najiha balik....cadangnya akak nak ikut hantar, tp memandangkan suasana rumah dah macam tongkang pecah sejak balik kampung, akak putuskan untuk tinggal di rumah je mengemas segala, mmg flat habis, nak online pun x larat. Hb dan Najwa jek hantar Najiha. Akak kat rumah bertemankan anak2 bujang yang kena kerahan tenaga jugak terbongkang bila dah petang...hehe

Baru-baru ni akak beraya di kampung rumah parents akak lah. Suasana memang hiruk pikuk bila 9 adik beradik dengan family berkumpul dari 12 beradik. 3 lagi tu beraya di rumah mertua masing-masing. Balik kampung hari sabtu sehari sebelum raya tu, sampai jam 3 petang, akak tengok mak dah pun kacau pulut untuk dibuat ketupat palas. Anak-anak dara menolong tok puan membalut ketupat dan tugasan akak seperti biasalah menyetelkan 4 kilo rendang daging. Mujur adik akak Marziah, setelkan lauk untuk berbuka puasa antaranya kari ayam, daging goreng kunyit dan sayur campur. Mak awal-awal jugak dah rebus tulang wat sup...Sebelah malam pula, adik akak Saniyah dah siapkan bahan untuk buat lontong dan masak kuah kacang jugak. Nasi impit pun rebus dah malam jugak lepas ketupat masak.
Okeh lah ni antara gambar-gambar family akak yang sempat di upload, kalau diikutkan ada hampir 300 gambar untuk hari raya pertama saja. Macam-macam suasana, dari bermaafan dengan mak abah, ucapan hari raya oleh abah satu kemestian (*sedu sedan bila dengar nasihat abah agar ukhwah kami tetap begini andainya beliau dan mak tiada nnt...huhuuu). Lepas tu acara bermaafan sesama adik beradik, anak-beranak dan pemberian duit raya. Abah pun bagi banyak jugak duit raya untuk cucu-cucunya tahun ni, maklumlah org Felda dpt durian runtuh kan...kalau yg menengah RM80 dan yg dah masuk U tu RM100 sorang. Alhamdulillah, suka hati cucu2...hehe. Maaflah akak x dapat nak upload byk2 gambar kat sini....nnt jenguk kat FB la yea sehari dua nnt. (*mata ngantukss dah ni...)
Sebahagian adik beradik perempuan yg ada...gambar atas tudung kuning tu adalah kakak ipar, yang lain sume adik beradik akak...hehe... X serupa dan x sama muka kaann.. Gambar bawah dari kiri Norizamin (adik no 10), akak (no. 2), Saniah (adik no. 4) dan Marziah (adik no. 5). Yang gambar atas baju polkadot kat atas tu adalah adik bongsu akak (mak adik) form 5.. Gambar adik beradik lelaki x entry eh...hehe