ASSALAMUALAIKUM....
Jangan terkejutlah eh...akak masih nak jugak tayang gambar-gambar raya yang dah basi...tp akak ingin maktubkan di sini sebagai kenangan raya untuk tahun ini. dan atas permintaan adik2 dan sepupu2 akak... Kalau sudi silalah baca, kalau x tengok gambar jek., hehe...Acara Perhimpunan Keluarga generasi arwah Elan bin Duamis dan Gayah binti Derais setiap pagi raya kedua Aidilfitri....walaupun baru 4 generasi tapi sudah cukup ramai, orang lain xleh nak masuk dah....setakat 3 gantang beras x jadi apapun... habis kat kitaorang je..hehe. Sebelum ni akak x berkesempatan nak tayang family gathering tahun2 lepas...
Sebenarnya inilah acara wajib setiap hari raya kedua yang dipelopori oleh abah akak, Haji Zaihadi bin Elan bersama dengan adik beradiknya seramai 7 orang yang berada di sekitar Pahang ini kecuali seorang di Perak yang hadir jarang-jarang sekali kerana jauh. Abah dah macam Pengerusi majlis laa...ucapan aluan pun dia, lead majlis yassin dan doa selamat pun dia jugak lah...Amalan ini telah dibuat sejak berbelas tahun yang lalu dan dibuat secara bergilir-gilir dengan mengambil undi rumah siapa yang akan dijadikan tempat perhimpunan bagi tahun berikutnya.
Tahun ini adalah giliran rumah adik abah yang bongsu (Chek iaitu Hajah Salmah bt. Elan) bersama suaminya Tengku Haji Mohd Sazali bin Raja Hamzah bersama anak2 menantunya terpaksa melayan kitaorang semua....kami pun tolong2 jugak laah, tolong makan...hehehe.
Anggaran kaum keluarga yang berkumpul ini adalah melebih 120 orang....riuh rendah satu rumah...hiruk pikuk suara kanak2 riang, kanak-kanak nangis....hahaha...belum lgk suara org tua yg bertempik kat anak2 nakal lgk tuh...adeiii...nasib baik lah lot banglo Chek ni jauh ke belakang sikit dan agak sunyi. Jom layaaannn....Inilah pertemuan paling dinanti dan meriah sakan.... Bertanya khabar sesama sepupu, ipar duai, anak2 sedara, anak2 menantu kepada bapa2 dan emak2 saudara....

Melalui wang yang dikumpul setiap tahun, telah banyak juga dihulurkan/digunakan untuk ahli keluarga yang susah. Ya laa, kalau kita nak sangat berbuat baik, buat baik kepada ahli keluarga yg memerlukan dulu kan... Perancangan tahun ini, sebahagian kutipan akan disumbangkan kepada rumah anak2 yatim yang akan dipilih nnt...insyaAllah.

Dan akhirnya. untuk arwah tok Elan bin Duamis dan arwah opah Gayah binti Derais serta arwah sanak saudara terdekat...Al Fatihah..
13 comments:
wahhhh.. tun sgt kagum nih! meriahnyer..
meriahnya..masa ni la boleh bertemu mereka yang lama tak berjumpa & yang tak pernah berjumpa..seronok! :)
Fmly saya pun buat gak. Tpi 2 tahun skali. Thun ni xdpt join sbb dah blik kl. Sob sob.. Mmg best n meriah buat gini..
Tuu diaaa....lagi2 lah akak ada, blogger masak2 pemess gitu..segan lahh...kak kita balik Sedenak dulu lah...byeeee...hahahaa..
meriahnya. tak payah panggil org lain.dah ramai dah.
Kak Ummi
wahhhhh kak, acara cam ni lah best sekali...dpt kumpul ramei2, tanya khabar, citer2 and yang paaaaalinggg best..makannnnn !!!
As salam. Moga Kak Ummi sihat.
Kebahagian dan hubungan yang tidak akan dapat dibeli..
Amin.
Alfatihah.
Assalamualaikum akak ummi cayang..
meriahnya suasana raya keluarga akak... tiap2 thn buat gini yer akak.. seronoknya.... suka tgk gambar2 tu...
Salam,
Seronok kan kak bila dapat jumpa kaum keluarga beramai-ramai macam ni...Yerla, nak harapkan hari2 biasa..masing2 sebok dgn komitmen masing kan....I love family gathering....
seronoknye program mcm ni....
Salam Kak Ummi..Seronok yaaa bila ada acara macam ni....
meriahnyer kak...seronok tengok...
saya idamkan keluarga yang rapat dan meriah sebegini(taip sambil air mata bergenang)tiap-tiap tahun raya rasa nak lari pergi holiday tempat lain..rasa rasa hambar..adik beradik tak rapat...kurang bersembang....walaupun ramai...petang adik beradikbalik rumah masing-masing dah walaupun dekat jer....SEDIIIIIIIIIIIIIIIH..boleh saya join family akak????
Post a Comment