Tuesday, September 20, 2011

Ikan Kerisi Tempoyak Pekat & Kacang Panjang

Assalamualaikum....tengahari ni akak kongsikan menu ikut tekak lepas-lepas raya ni laaa.. Tapi lauk ni masak 2 3 hari lepas dah...hehee... Biasalah akak kan...entry terlewat selalu...hehe... Nasib nak jugak letak, kang kalau mood lepak2 jek datang..mau berbulan lak baru tayang...kan.

Okay, lauk yang memang cukup menyelerakan....selalu kalau masak tempoyak akak mesti guna ikan sungai/air tawar, tp kali ntah laaa sebelum masak tu terbayang2 jek nak makan ikan kerisi gulai tempoyak pekat2 camni...hehee... Kacang panjang tu just nak habiskan stok je laa...timun taun xda...

Biasanya kalau masak tempoyak ikan sungai, mmg akak x gunakan bawang pun. Kali ni guna ikan laut, akak letak laaa...cuma x letak daun kesum....nak rasa betul-betul tempoyak punya gulai...hahahaha... Apapun, hb mmg puji habisss...duk hirup2 lagik kuahnya tuh...adeeeiii. Katanya melekat sedap kat tekak...hahaha...Jom layan resepi sangat mudah tp dijamin sedap...ngeeeee ^__^...selamat mencuba...!

IKAN KERISI TEMPOYAK PEKAT & KACANG PANJANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan tenggiri sederhana besar - cuci dan bersihkan, kerat 2.
  • * 8 tangkai cili padi
  • * 1 tangkai cili merah
  • * 3 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 inci kunyit hidup - bahan * ditumbuk halus
  • 5 sudu besar tempoyak - dikisar dgn 1/2 cawan air
  • 1 - 2 keping asam gelugor (ikut kemasaman tempoyak)
  • 3 cawan air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 6 urat kacang panjang - dipatah2 3 inci pjg
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk serta tempoyak yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau dengan api sederhana.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Terus masukkan ikan dan asam gelugor. Reneh dengan api perlahan.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan seimbangkan rasanya bila ikan masak.
  5. Masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

13 comments:

Mas said...

perhhhh....sedapp tu kak ummi..
maunya bertambah2 nasi..

tun_telani said...

wahh.. sedapnyer.. tun x suka mkn ikan sungai, wat ngan ikan kerisi mmg kompom diet ke laut la nih mkn nasi 2 pinggan..

Sha HomeMade Cake n Choc said...

walaweiii...gulai tempoyak ni mengoda sungguh , mmg fav sha ni...mmg betul kata Mas mau bertambah nasi...jgk bertambah lah berat bdn ni...huhuhu

azian said...

tok... tok..... tok.....
bila laaa pintu umah kak ummi ni nak bukak utk org jengka 20 dtg????hehehehhe...
kak, tak jd laa buat oreo cheesecake tuh...huhuhuhu....marble chocolate cheesecake jugak yg sy suka...hehehhe

dZana said...

brtambah2 nasi klau dpt mkn lauk camni k ummi.. sy pun slalu updated menu yg terlepas kak.. seronok klau hb memuji bersmgatlah k ummi memasak kan..

HomeKreation said...

Salam Ummi cayang. Walaaa best nya lauk2 camni... mintak ler sepinggan nasi ummi, kita dah bersila ni.

Amie said...

Kak Ummiiiii.....
sedapnya! Amie ada tempoyak.... harap-harap esok pi pasar ada ikan kerisi! adeeehhh....tak tahan liur nh kak!

Juwita Jamaludin said...

sedapnya ikan tempoyak suka la.. lama tak makan ni

ibundo said...

salam umi,
ai laik tempoyak.

Aziela said...

Waaa....terliur dah nie Kak Ummi. Resipi yang healthy sesangat nie...

lena said...

hi ummi, so embarrassed to say i hv not tasted any tempoyak dish before but i was so attracted by the look of your dish! Very nice!!

RJuliza said...

thnks akak sebab wujudkan blog ni..memang sangat berguna! likee blog akak!!

Anonymous said...

salam.. ikan tu boleh tak law nak tukar jenis ikn yang lain?