Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Pengat Keledek Ungu

Assalamualaikum....

Apa khabar? Ada ke lagi yang intai dapur akak ni...kot nanti akak bercakap sorang, salam tidak bersambut, ucapan tidak berbalas....uiisshh, nampak sangat dapur dah "hidup segan, subur jauh sekali" .. hehe.. Mohon maaf banyak-banyak andai pintu diketuk tidak berkuak, salam dihulur sunyi tidak berjawab... Apalah nak buat, rasanya kehidupan sekarang tercorak berlainan sekali.  Itu pilihan yang ada di tangan, pilihan ikut keutamaan, apapun akak bahagia di luar sini, tiada yang kurang tiada yang lebih...alhamdulillah.  Terlalu banyak nikmatNya untuk disyukuri.

Memasuki bulan Rejab yang mulia ini, ramai yang mula mepasakkan diri dengan berpuasa, beramal sedaya mungkin, merebut peluang yang terbuka.  Apapun, buatlah ikut sekadar mampu, biar sedikit asal berterusan, bukan banyak tetapi jarang-jarang.  Tidak perlu rasa bersalah pada diri sendiri kerana banyak amalan yang menjurus kepada kebajikan selain berpuasa sunat.  Berbuat baik dengan orang tua, bersedekah, memperbaiki diri dan jujur dalam bekerja dan berhubungan baik dengan silaturrahim yang sudah terjalin... Jika semuanya bersandarkan kepada niat dan hati yang bersih, kebaikan akan tercatat jua....insyaAllah.

Okeh laaa, panjang pulak celoteh...jom layan menu berbuka akak minggu lepas dah ni.  Dapat sedikit hasil dari tanah sekangkang kera, namun biar sedikit, hasilnya sudah acap kali, ada juga adik beradik yang merasa dan orang luar yang diundang bersama.  Alhamdulillah.  Tanah berpasir yang ditabur untuk projek menanam rumput hari tu memang elok sangat untuk bertanam keledek.  Itu kata emak, sesuai tanah begitu, keledek pun keluar bersih jer dari tanah.  So layan dulu Pengat Keledek Ungu yang sangat mendamba jiwa kalernya....akak suka, rasanya pun sedang2 elok tuanya, macam keladi pun ada...hehe.  Jemput semua...

PENGAT KELEDEK UNGU
Resepi:  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran sahaja):-
  • 500 gm. keledek ungu 
  • 1 1/2 cawan gula pasir (atau secukupnya)
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat (akak adjust guna santan kotak Kara)
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 sudu besar sagu biji - dibasuh/lalukan di bawah air.  (biar 10 minit)
  • air secukupnya untuk merebus keledek
Cara-Cara:-
  1. Kupas keledek dan potong dadu kecil atau ikut suka besarnya.  Basuh dan rebus hingga lembut (tapi jgn sampai lembik).  Toskan (buang airnya agar pengat tidak terlalu hitam nanti).
  2. Dalam periuk, masakkan gula, daun pandan dan santan cair dahulu hingga gula larut.
  3. Masukkan keledek yang telah direbus tadi, masak sebentar hingga sedikit mendidih.
  4. Masukkan santan pekat, garam dan sagu biji.  Kacau sesekali dan masak sehingga sagu jernih dan kuah pengat agak pekat.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang sejuk atau panas.
Ha, camne?? Boleh jual tak....keledek, keledek, sapa nak beli keledek...keledek sedap, muda belia, enak sekali....hehehe... Hasil pertama kali buat semasa jamu kat family adik dan isterinya bawa sorang kawan dia datang ke rumah, buat lawatan ke dapur akak seminggu sebelum tu...hehehe... Yang akak buat ni, kira baki sikit lagi, round kedua pulak..cukuplah untuk bertiga beranak...

Memang x puas makan pengat keledek ungu ni, rasanya mmg ala-ala keladi la pulak mengkalnya dan liutnya....besssttt sesangat.... ^___^

Monday, March 5, 2012

Pengat Keledek Dengan Skoteng

ASSALAMUALAIKUM.....Salam rindu...salam sayang...

Apa khabar? Terima kasih kepada yang masih sudi menjengah dapur akak yang dah suam-suam kuku je nih... Mohon maaf x sempat nak blogwalking kepada geng2 masak serta membalas komen-komen terkini tu.... Mood nak update pun bagai ke lautan sepi jer... Bizi menghabiskan masa dengan anak2 dara di minggu terakhir kat rumah sebelum balik ke U masing2 Ahad semalam. Masa yang ada kami santai di rumah baru yang x berapa besar di hujung tanjung sana dengan aktiviti membasuh rumah dan mengecat....seronoknya gelak ketawa sambil berkelah dalam rumah...hahahhaa...

Keadaan rumah baru (*yang ciput dan dah x berapa nak baru tu..hehe) sudah setel pasang grill, wiring, pasang kelengkapan lampu, kipas semua jugak (yang basic je dulu, aircond ke heater pump ke , angkut/pasang masa nak duduk nnt la..). Cuma berhajat nak besarkan dapur tu (masih nak dapatkan beberapa quotation lagi), so x rasa nak pindah lagi la kot... Basuh2 jer dulu. Kat kawasan rumah sedang dalam proses menanam rumput karpet, rhu janda merana (*haha...) dan palma (*ekor musang) je dulu. Bukan apa, setelah penat lelah selama ni duk mencabut, menarah rumput dengan anak2, biar je sebulan naik balik, adeeii....pastu cabut lagi, naik balik...apa ke sudahnya...So kitaorang ambil keputusan upah orang Nursery kerjakan halaman tu setelah mendapat sebutharga yang berbaloi rasanya...Hari ni pergi jenguk budak2 Nursery tu tengah meratakan pasir sesudah membuang segala rumput2 liar. InsyaAllah esok, halaman akan kehijauan la kot...hehee.

Sementara tu, jom lah melayan entry tertunda yang tak seberapa ni....akak betul-betul malas tau nak ambik gambar, edit dan update sekarang ni... Rasanya hati sudah berasa tak apa meninggalkan blog ini untuk 3 4 hari... Apapun akak akan cuba habiskan update yang tertunggak tu jika ada kelapangan yea...Maaflah....

PENGAT KELEDEK DENGAN SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 2 biji keledek (sederhana besar) - kupas dan potong kiub kecil, basuh.
  • 1/3 cawan skoteng (click utk gambar skoteng - Sini dan Sini )
  • 1/3 cawan gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • secubit garam
  • air secukupnya (+- 2 1/2 cawan) untuk merebus keledek
Cara Memasak:-
  1. Basuh skoteng dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air lebih kurang 2 cawan dan rebus hingga benar-benar lembut. Tutup api, tapis dan lalukan sekali di bawah air paip, toskan.
  2. Dalam periuk lain, masukkan keledek gula pasir, gula melaka, daun pandan dan air secukupnya. Rebus hingga keledek empuk sedikit (tidak sampai lembut sangat). Air jangan terlalu kering, biarkan paras tenggelam keledek.
  3. Masukkan skoteng yang ditoskan tadi beserta santan dan sedikit garam. Biar mendidih sekejap sambil dikacau-kacau dan kuahnya pekat. Tutup api dan teruskan mengacau sebentar agar santan tidak terasing (berkepala). Sedia untuk dihidang.

Salam sayang dari Home Sweet Home... ^___^

Wednesday, August 10, 2011

Bubur Candil Berinti Warna Warni

Assalamualaikum...salam sejahtera buat adik-adik n kakak-kakak pengunjung tersayang...Tengahari ni akak nak kongsikan satu lagi dessert kegemaran family akak...kalau puasa mesti nak....semua yg base nya dari tepung pulut, mesti diaorg suka.... Kali ni menunaikan permintaan anak dara Najwa tu ha...teringin sangat nak makan...hehee...

Dulu pernah dah buat bubur ni tapi candilnya kosong aje dan dicampur dengan chaca....kali ni akak wat berinti gula melaka...hehe.. Kira sebenarnya macam bubur biji nangka la kan...cuma merajinkan diri wat warna warni dan letak inti gula melaka lgk...so santannya tu jgn manis sgt la yea...

So akak tepek lagi sekali la resepinya kat sini k....cuma beza yg dulu ada chaca ok...yang ni xda, tetapi candilnya berinti gula melaka k.....hehe, mcm badak berendam pun ada gak, cuma style badak berendam akak mmg letak inti kelapa dan dadihnya dikukus sekali dgn doh tepung pulut... Xpa nnt senang2 buat badak berendam lak..menu wajib gak tu untuk Ramadhan...hehe

BUBUR CANDIL BERINTI WARNA WARNI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
  • gula melaka secukupnya, dipotong kecil-kecil
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu. Kali ni akak letak inti gula melaka dalam tu eh...masukkan inti gula melaka seperti membuat buah melaka, bentukkan membujur.
Bahan Bubur:-
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/3 cawan gula pasir / secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

SELAMAT MENCUBA...!


Sunday, July 17, 2011

Pengat Pisang Dengan Skoteng


Assalamualaikum....mohon maaf lah sebab baru sempat nak online dan masukkan entry...semalam janji nak entry lagi petang kan...tp tu lah, kita merancang, Dia yang menentukan....kan..Komen2 pun akak dah baca kat bawah tu, tp belum sempat nak respon....I've noted with thanks to all of you, muaaahhhh!! Akak bz sangat2 x lekat rumah sangat semalam, ke hulu ke hilir, dua tiga kali keluar masuk rumah...tempah baju dengan anak2 dara laa, duk tunggu kat tailor tu dah sekian jam, pastu balik pi lak bincang dan tinjau-tinjau grill untuk rumah satu lagi tuh...adeeei penat.

Hari ni pulak masak sempoi-sempoi jek pagi tadi, pastu sempat kukus kek sebiji, lepas zohor ajak Aiman keluar pi shopping terus lah baju raya untuk dia kat EC Mall tuh...malas dah nak sibuk-sibuk bulan puasa nnt....baju anak2 dara pun dah settled! Tadi pun abg rimau tersambar sehelai kemeja....wahahhaha...dia mmg xnak..puas Najwa pujuk2, ambik gak laaa...lagipun rasanya last beli kemeja pun 5 6 bulan sudah...Tp Aiman la paling suka...berapa helai T-Shirt dia hentam...dengan kemeja n jeans lgk...adeeiii....tp semuanya ada diskaun la walau sikit2 pun...

Tapi paling suka, akak punya barang pun dapat, dah lama nak sambar, tp ada jek yang x berkenan, kecik sgt lah, shape x cantik laa....hari ni tengok ada design lain, berkenan terus sambar jugak...wakakkaa...Alhamdulillah, hb ikhlas nak bayarkan...syukur sangat-sangat...bukan kita xnak bayar barang idaman kita, tp dah dia nak sekali harung...kita mcm nak melompat jek laaa (*ala-ala rebit kan...hehehe), lg pun barang kira "ukur baju badan sendiri" jek..Okayy la jom jeling pengat la dulu....akak wat sikit jek, pisang tanduk berbaki 2 biji, bole laaaaa....hehe..skoteng byk stok lgk...layaaannnn... ^___^

PENGAT PISANG DENGAN SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 biji pisang tanduk - dipotong bulat serong (boleh guna pisang lain jugak)
  • 1 cawan skoteng - direbus dulu hingga lembut, angkat dan lalukan sekali bawah air, toskan.
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:-
  1. Masak air dengan gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga larut.
  2. Masukkan pisang dan didihkan sebentar biar lembut sedikit.
  3. Masukkan santan cair dan skoteng, masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan santan pekat dan garam, kacau hingga nampak sedikit mendidih. Bila agak pekat, tutup api sambil dikacau sebentar.
  5. Hidangkan..

Wednesday, March 30, 2011

Pengat Keladi Chaca Skoteng

Assalamualaikum....di sini akak nak kongsikan Pengat Keladi Chaca Skoteng buat kelmarin nih....tau ke Skoteng...macamana rupanya...ha, kalau x kenal leh klik kat Sini...akak beli masa gi Melaka hari tu...masih ada berbaki 1 paket lg stoknya...hehee..guna sikit lg ni ada lg belen separuh paket...nnt leh wat talam skoteng lak mcm Am buat tuh...teringin nak cuba...insyaAllah...Okay layan dulu la pengat ni eh...beeeessst sesangat....byk pulak akak makan...heheee


PENGAT KELADI CHACA SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 biji keladi - kupas, bersihkan dan potong dadu
  • 1/2 cawan chaca skoteng (boleh lihat gambar di Sini)
  • 3 sudu besar sagu - basuh dan toskan 15 mnt. sblm guna
  • 3 cawan air (anggaran) utk rebus keladi
  • 2 1/2 cawan air (anggaran) utk rebus chaca skoteng
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 cawan gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir (adjust manisnya)
  • 2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam halus

Cara-Cara:-
  1. Rebus keladi bersama air hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Masak santan cair bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Rebus chaca dengan air hingga lembut dan masukkan campuran air gula tadi beserta keladi. Kacau sebentar. Tambah sedikit air lagi jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat bersama sagu dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan sagu nampak jernih. Seimbangkan rasa. Tutup api bila kuah sedikit pekat dan hidangkan sebagai minum petang.


Wednesday, January 12, 2011

Bubur Chaca Melaka (Skoteng)

Salam dan selamat petang...harap semuanya sihat2....Okay la petang ni just nak share menu sempoi kegemaran hb akak...dah lama x buat bubur tuk dia...Kebetulan hari tu bercuti ke Melaka ada la akak beli bubur chaca kering ni masa lalu kat Bazar dpn Menara Taming Sari tuh..beli banyak jgk...tp bila dah agih2 kat adik2, tinggal 2 bgkus...so akak masak dulu sebungkus ni...boleh makan 4 5 orang nih! So akak namakanlah bubur ni Bubur Chaca Melaka...ya laaa bahan tepung dia pun lain, kalau yg biasa2 kat sini guna tepung gandum kering...yang ni lak guna tepung pulut kering, tak tau la kot mmg ada nama khas untuk bubur bentuk camni kat Melaka sana....layaaannn je laaaa...

gambar sebelah kanan adalah rupa bubur chaca kering (skoteng) yang dibeli di Melaka

BUBUR CHACA MELAKA
(SKOTENG)
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 paket bubur chaca kering (spt. gambar di atas)
  • air secukupnya untuk merebus bubur
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan peka
  • 1/3 cawan gula
  • 1 sudu besar sagu halus - dibasuh dan toskan 10 minit sblm dimasak
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Masukkan air secukupnya dalam periuk dan masak biar mendidih. Masukkan bubur chaca kering tadi dan rebus hingga lembut. Toskan.
  2. Masukkan santan cair dalam periuk bersama gula. Masak biar mendidih.
  3. Masukkan bubur chaca tadi bersama daun pandan.
  4. Kemudian masukkan sagu dan masak hingga sagu jernih.
  5. Tuangkan pula pati santan, secubit garam dan kacau-kacau sebentar hingga agak hendak mendidih saja. Tutup api sambil dikacau lagi. Sedia untuk dihidang sebagai minum petang.

Tuesday, August 24, 2010

Bubur Chaca Candil Warna-Warni

Okayyy petang ni korang layan la bubur chaca n candil warna warni ni eh....Memang apa2 bubur or pengat or kuih yg gunakan tepung2 pulut ni adalah favourite akak dan hubby...Ni dessert hari Ahad sebenarnya, menu bersama mihun hitam manis kat bawah tu...Ada kerajinan sikit nak menggentel candil dan adun tepung warna-warni gitu..hehehe...nampak cantik dan selera nak makan jadi lebih-lebih lagi...hehehee...

BUBUR CHACHA CANDIL WARNA WARNI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu.
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

Sunday, November 1, 2009

Bubur Jagung Lagiiiii...^__^

Jemput makan semua...akak buat ni malam tadi sebenarnya..pelik eh, masak bubur malam2..ah x kira dah kalau nak makan sangat kan...xnak makan nasi ler...kebetulan beli 4 tongkol jagung madu baru2 ni, memang nak buat bubur, dah lama x makan favourite dish akak n family nih....sampai hari ni pun akak duk layaaannn ni..hehe....xyah resepi la kot...dah penah wat dahhh...suka2 nak tayang jek..ngeeee..
Okay-okay..MamaFaMi punya pasal, Ummi letak la link resepi kat Sini eh..Memang la Ma ni saja je nak susahkan Ummi...heheee...

Tuesday, September 8, 2009

Bubur Chacha Keledek

Okayy menu hari Ahad kelmarin ni...teringin pulak nak berchacha..hehee...So layan je laaa...suka betul bubur ni....Akak boleh ulang2, x makan nasi pun xpa...hehe..Resepi ulangtayang je ni..kalau nak gak klik kat Sini yaa...

Saturday, September 5, 2009

Bubur Jagung Bersagu (Ulangtayang)

Dah lama x buat bubur jagung bersagu nih...bila Ramadhan menjelma mulalah tekak mereka-reka jek nak makan itu ini eh...Tapi dalam tazkirah Tarawih selalu Ustaz ingatkan, jangan jadi hamba Ramadhan je, yang betulnya jadi hamba Allah swt selalu....insyaAllah...kebetulan lepas masak nasi lemak tu tengok jagung yang Ummi beli kat Pasar Tani ahad aritu ada lg 2 tongkol dalam fridge...Ni jagung dari Cameron Highland nih...jagun madu, isinya cantik sungguh, xda pun makhluk asing, puas hati beli..Beli 7 tongkol, dah rebus gitu je untuk anak2, diaorg x suka buat bubur...so bubur ni cukuplah untuk Ummi dgn hb je lah yang layaann...hehe..Kalu nak resepi gak, amik kat Sini eh...Rasanya semua org reti buat kan..

Sunday, August 30, 2009

Pengat Pisang Bersagu

Ni pencuci mulut untuk berbuka hari Jumaat aritu, anak-anak semua balik..meriah sungguh ramai2 berbuka..Akak sempat lah buat pengat ni masa balik lunch hour...ari jumaat kan rehat lama...so sebelah petang akak masak lauk pauk je laaa...Pengat ni kegemaran akak, hubby and my daughters...Nak resepi klik lah kat Sini ya..Memang asyik makan ni..buat pulak lembik2 sikit pisang tu...mmg kami suka...Akak guna pisang emas, lebih sedap rasanya kalau pisang nangka, xda org layan...masam sikit kan..

Wednesday, August 12, 2009

Nasi Air (Bubur Nasi) Perisa Ayam

Semalam cadangnya nak masak nasi dan lauk macam bese, tapi Najwa request nasi air/bubur nasi ni...Katanya sakit tekak lagi akibat batuk...harap2 x melarat lagi...demam dah kebah 3 4 hari dah...batuk lambat sikit hilang...so layaannn laaa...sian pulak kat dia..Jadi malam tadi kitaorang semua makan nasi air je laahhh...sedap pulak sesekali...orang yang x sakit tekak yang bantaiii banyaknya puuuunn...heheee...Kiranya semalam menu dia laaa..Xyah resepi la eh..nasi air bese jek, letak kiub pati ayam, letak isi ayam banyak sikit, lada sulah, garam, daun sup camtu je, pastu makan la dengan cili kicap, kentang tempe perisa kari dan serunding ikan tuhhh...sodaappp, panas2 suam makan...dapat pulak air barli....! Masyuuuukknyaaa...hehe

Sunday, May 10, 2009

Bubur Candil

Semalam Ummi x sempat masak apa2 sangat...pagi pergi kenduri ke Muadzam Shah..sampai rumah dah hampir jam 4.00 petang...Hari ni lak drive sendiri ke Segamat berteman anak2 nak amik kakngah yang dah start cuti semester sebab hubby masih di Tioman, penuh kete bawak balik barang2 dia... Sampai rumah kul 5 ptg tadi siap makan KFC dah kat Giant..hehe..ni dah kenyang perut..malam ni gantung periuk laa..Baru la sempat posting bubur candil ni, so layan je laaa...ceduk dari dapur Rinnchan..thanks Rinn..memang best!! Akak mintak izin nak C & P je ya..

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 camca air kapur sirih
  • 4 cawan air
  • 200 gm gula merah
  • 2 helai daun pandan
  • 6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air

Bahan2 Kuah Santan :
  • 1 cawan santan dari ½ biji kelapa
  • 2 helai daun pandan, robek-robek
  • 1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
  • secubit garam
Cara-cara :
  1. Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
  2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
  3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
  4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
  5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
  6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya..


Wednesday, April 22, 2009

Bubur Jagung Bersagu

Mari cik kak, cik adik, cik abang..makan bubur jagung dengan sagu camni..bestnyaaa..wallaaaahh! Weekend baru ni lepas hantar Najwa ke bus-station Ummi, hb and Aiman meronda sampai ke Taman Gelora Kuantan, apa lg, pekena rojak laa..hehe...Pastu nak balik singgah Pasar Malam (tp Ummi singgah petang laa..) kat area tu..beli jagung madu muda-muda belia lagi isinya..emm apa lg..buat bubur fav Ummi n hb laaa..anak2 x berapa suka, so Ummi bakar separuh...Ummi buat petang semalam...Meh santap mata je laaa!! Hehe..xyah resepi la eh..ramai dah tau buat kan...
Ok lah sebab ada jugak permintaan untuk resepi ni, akak letak la ya..khas buat Hijriah yang mintak kat ruangan komen tu..
Bahan:-
  • 3 tongkol jagung manis/jagung madu (dikikis isinya dengan pisau)
  • 2 sudu besar sagu biji putih - dibasuh dan ditoskan 3 - 4 minit sebelum dimasukkan dalam bubur)
  • 1 biji kelapa (perah santannya kuranglebih 500 ml)
  • 1 1/4 cawan gula pasir (*akak tambah 1/2 kepingan gula kabung)
  • 1/2 cawan air
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan - belah dua & disimpul

Cara Memasak:-

  1. Dalam periuk campurkan 1/2 cawan air dengan jagung, gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  2. Bila jagung telah lembut masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biarkan kuah mendidih sebentar.
  3. Masukkan sagu dan masak sehingga sagu kelihatan jernih.
  4. Seimbangkan rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tuesday, March 31, 2009

Pengat Keledek Bersagu

Akak masuk resepi masa Hana datang rumah Jumaat kelmarin dulu la ya...sempoi dari akak...saja nak menghabiskan keledek 2 butir kat dapur tu....xyah resepi la ek..senang je..rasanya semua tau nak buat n nak makan kan..hehe..sori lah gambar pun ambil masa dah siap makan..comot je dalam bekas kat atas tu..hehe


Tuesday, March 24, 2009

Bubur Cacha Ubi Keledek

Weekend baru ni banyak jugak Ummi masak-masak, sebab anak2 sedara ramai kat rumah..then family adik pun ada..Ummi masak bubur cacha dengan ubi keledek ni..sedapnya..lama x makan..family adik stay sampai malam gak laa...so x sempat nak letak entry..sori laa, jamu mata je la yaa...dah licin nih..hehe

Bahan:-

  • 1 cawan bubur cacha kering
  • 500 ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir/secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
  • secubit garam

Cara Memasak:-

  1. Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan.
  3. Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih dan ubi empuk.
  4. Masukkan bubur cacha tadi dan masak sebentar hingga mesra.
  5. Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk pun best..

Friday, March 7, 2008

Bubur Kacang

Emmm...hari ni hubby cakap dia balik awal sikit, so ummi prepared dish kegemarannya...bubur kacang...My hubby kalu dapat ni...memang dia x kan kata apa dah..asyik ulang makan je leee, cicah dengan roti pun menjadi...dan satu nak bagitau, dia memang pandai buat bubur kegemarannya ni sejak dari bujang dulu lagi..jangan x tau..kalu dia masak bubur ni power - pekat dan lemak! Pernah jiran ummi datang, ummi hidangkan dia kata sedap dan habis semangkuk, katanya, pandai akak masak, weeee malu nak jawab, ummi jawab ya ke...(*kalu lah dia tahu hubby yang masak...dia makan licin camtu ke.. =D)

Bahan:-
200 gm kacang hijau - rendam +- 3 jam
4 cawan air
3 cawan santan pekat
2 keping gula kabung
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan - belah dan simpul
1/4 cawan sagu
1 sudu kecil garam kasar

Cara Memasak:-
Rebus kacang hijau dengan air dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk). Bila kacang telah lembut dan agak kembang, masukkan gula. Kacau hingga gula larut dan sebati. Basuh sagu dan toskan, masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan. Kacau hingga sagu kembang dan masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.

Friday, November 9, 2007

Bubur Jagung Dan Jagung Rebus



Minggu lepas hubby balik dari Rompin singgah beli jagung manis orang kampung situ. Banyak lak sampai 2 ikat, hubby cakap murah. So separuh rebus dan separuh lagi wat bubur jagung la. Memang bubur ni kegemaran ummi and hubby. Anak2 prefer rebus punya. Tengok je lah ek!