Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Award Dari Diana, Tq Cayang

Assalamualaikum.....terlebih dahulu terima kasih yang tidak terhingga kepada Diana yang comeeyy manja kerana sudi memberikan award The Versatile Blogger ini kepada akak dan mohon maaf jua kerana begitu lambat nak gantung kat dapur akak nih... Emm...versatile ke akak? Duk tercari-cari kat mana la versatilenya kat dapur ni....masak lintang pukang jek, ala2 lipas kudung gitu....hehee, apapun akak amat menghargai atas ingatan Diana nih..

Tapi kena wat homework lak eh....adeeeiii, rasanya dah ramai mengenali akak yg bukan baik sangat pun ni.....dah pernah gak citer hal diri yang naif ni...xpa la demi Diana yg sangat baik hati dan nampak sungguh keikhlasan dalam silaturrahim ini, akak citer sikit la yea...


1. Thank and link back the person who gave you this award.
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
  • Akak dah tulis kat atas tu kan Diana....thanks for the award !

2. Share 7 things about yourself on the post.
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)

Tak tau la nak cerita apa Diana oiii...tp lebih senang cerita diri dan pandangan akak sepanjang berblog ni la kan....kang citer impian, mimpi ngeri or suka duka kang mcm x sesuai la pulak...Jom menyelam...hehehe
  • Akak merupakan anak ke 2 dari 12 beradik, suka memasak (of course la kan..), mengemas rumah (tp rumah x kemas mana pun), seorang wanita dan ibu yang happy go lucky, dalam keluarga, dalam bersahabat....
  • Suka meraikan kaum keluarga dan kawan-kawan, bergelak ketawa umpama terapi segala kekusutan dalam hidup. Tak suka cari masalah atau buat masalah.
  • Akak seorang yang suka berterus terang dan suka orang berterus terang jugak dengan akak jika ada sebarang masalah, bercakap berani kerana benar! Mulut laser tp cakap terang2 xpaa...jangan macam baik, tp cakap belakang dan perli-perli, komplot lagi...i don't like!!
  • Akak bukan seorang pendendam dan lebih bersikap sentiasa memaafkan - sentiasa mengalah untuk kebaikan, tidak suka mencari sebab meleraikan ikatan persahabatan yang terjalin atas hal yang remeh-temeh. Hahahaha...kalau x berkenan, sila unfren akak lg baik ya..bagi tau terus kat akak pn xpa.
  • Akak pendengar setia tp tidak suka orang membawa cerita yg menghasut-hasut dan mengeruhkan pandangan terhadap seseorang atau keadaan sekeliling.
  • Akak selalunya beralah dulu selagi terdaya - tidak mudah membuat andaian atau persepsi negatif dengan mendengar cerita sebelah pihak sahaja atau tanpa usul periksa.
  • Akak tidak suka orang yang mengungkit-ungkit tentang kebaikan2 yang pernah dihulurkan sepanjang berkawan. Itu tidak ikhlas namanya, seperti ada udang di sebalik mee kuning...kan!
Okaayy Diana, selesai sudah la tugasan akak...tolong correct ya cikgu..mana yg berkenan tentang diri akak jadikan tauladan, mana yg x berkenan tu buang ke tepi k Diana cayang...! Maklum kita insan biasa...

Thursday, April 14, 2011

A Liltle Something Award Dari Kak Jee dan Kad Dari Finland

Terlebih dahulu terima kasih tak terhingga kepada Kak Jee yang baru Ummi jejaki di alam cyber ni kerana telah sudi memberikan award cantik hasil nukilan Unclepali.... Sungguh bertuah dapat mengenali Kak Jee di alam maya ini, walaupun telah lama mengenali Kak Jee suatu masa dulu yang sering muncul di kaca tv...hehehee.... Sungguh seronok membaca entry2 Kak Jee tak kiralah bab masak2, citer selebriti mahupun citer panazzzzz...hehehe..Maklumlah seorang wartawan yang sunnguh disegani kak Jee ni...so bila baca bait-bait citer dan ayatnya mmg seronok ralit jek...hehehe....Sorilah lambat sikit Ummi gantung award ni yea Kak Jee, bz ntah apa-apa pun tak tau laa...Thanks sekali lagi Kak Jee, muaaahhhh!

Dan yang ini pula dari Nieza yang berada di Finland sana, hadiah sempena 1st Anniversary Blog The Journey Begins.....Thanks Nieza sudi masuk dapur akak selalu dan seronok dapat mengenali Nieza dengan cerita-cerita dari seberang sana....Harap silaturrahim kita kekal selamanya...Thanks Nieza...

Monday, April 11, 2011

Awards Given By Love

First of all, thanks so very muuuccchhhhh...to Love for all these lovely awards... I love it!! Sorry akak baru sempat nak ambik....puas cari lori nak sewa angkut balik award ni tau Love..hehehe...I put that Cute Little Chef Award above of all because the words are so meaningful to me, right? I liiiikkkeeee...hehehe....Next time, do remember me again k! wahahahhaa..muka x malu kan..

this one also cute...

Again n again....tq so much Love....Luv u....muaaaahhhhhh!!!

Thursday, April 7, 2011

One Lovely Blog Award - Thanks Kak Jee

Firstly, nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Jee (Fauziah Abd. Samad) yang telah menghadiahkan award ni kepada Ummi....sangat berbesar hati menerimanya dari seorang blogger dan bukan calang-calang wartawan/penulis serta pelakon yang pernah Ummi minati masa suatu masa dulu, lebih2 lagi kalau citer kelakar-kelakar gitu... Terima kasih jugak sudi letak kita dalam blog list Kak Jee yea...Dan x lupa terima kasih gak kepada Mat yang telah memperkenalkan blog Kak Jee ni pada akak yea Mat... Suka baca coretan-coretan Kak Jee tuh...xyah beli akhbar dah, sebab kita selongkar kat dapur Kak Jee jek hehehee....

Syarat-syarat penganugerahan award ni adalah:-


1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini.
- Kak Jee @ Kak Fauziah Abd. Samad

2. Berkongsi apa jua mengenai diri anda:-
  • Seorang wanita bekerjaya di Jabatan Kerajaan, ibu kepada 4 cahayamata (2 lelaki dan 2 perempuan) yang berumur di antara 13 - 22 tahun, dan isteri yang cukup mendapat perhatian dan sokongan dari suami tercinta dalam apa jua yang diminati...hehe
  • Dulu-dulu sangat suka mengemas rumah dan berkebun di tanah sekangkang rebit, tp now dah terlebih suka memasak dan mencuba resepi-resepi baru terutamanya sejak terjebak di dapur alam maya ini...now macam x berapa sempat jek nak mengemas...wahahhaa..
  • Seorang yang happy-go-lucky dan boleh jadi kelakar bila berkawan, tp suka merajuk kalau berpacaran dgn suami...hehehe
  • Mudah simpati, sangat sensitif atas perkara-perkara yang menyedihkan...jenis air mata mudah mengalir la nii...huhuu
  • Suka jugak mendengar lagu yang berayat cinta gitu...hehee...layan sesekali laaa...
  • Family adalah keutamaan.

3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui:-
  • Untuk yang ini, kalau disenaraikan memang lebih dari 15 tuh...x larat lak nak list dan link kan....so kepada sesiapa jua adik-adik blogger (newbie) yang menjejaki Home Sweet Home ini, sudi-sudikanlah mengambil award ini. Sangat dialu-alukan...terima kasih.

Saturday, January 15, 2011

Creative Blogger Award

Terima kasih seribuuuuuu kepada LinRosly (CitaRasa-KakLin) dan Ros (JintanManis) yang sudi hadiahkan award Creative Blogger nih kat akak....x tau la kretip tang mana la akak nih...berseni pun tak jugak....taunyaa masak, masak, masak jeeek...Apapun, akak berbangga dapat mengenali kalian berdua melalui alam cyber ini, walaupun belum berkesempatan bertemu, tetapi rasa kasih dan sayang akak merentasi sempadan biarpun hingga ke Jepun sana...Moga kalian berdua sentiasa dalam lindungan Allah swt dan terus menghasilkan entry yang kreatif, panas dan meletupsss selalu...muaaaahhh!

PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.
-THE END-

5 ORANG YANG DIDAPATI LAYAK JUA MENERIMA AWARD INI
(ramaaaaiiiii....tp terpaksa jugak akak buat pilihan nih)

  • Mat Gebussss...ofkos laaaa, mmg kretip wpun rajin menderhaka resepi...hehe
  • Maz Ilham Dapur .... rajin masak tp x rajin sangat nak makan, jugak kreatif mempelbagaikan resepi
  • AlongRoz - sentiasa tampil dengan menu yang menarik jugak, rajin masak wpun melayan karenah baby Liana
  • Jun-Yummylicious - Rajin sungguh mencari resepi2 seantero cyber dan kretip menukar gaya asal boleh dimakan dan ikut stok...betul kan Jun..hehe
  • MaDiHaA - Juga sentiasa memperkenalkan menu2 menarik dan membuatkan air liur tak tahan tengok bila keluar masakan kampungnya...
Rasanya ramai lg akak nak bagi, u all amik la yea kalau berkenan kat award tuh..no hal punya...okaayyy

Tuesday, December 21, 2010

Award dan Tag Daripada CMG dan Kenangan Indah

Salam...hari ni baru berkesempatan nak amik award dan jawab tag yang dihulurkan oleh Mat Gebu kepada akak....Sebenarnya ambil award mmg sangat suka, jawab tag x berapa suka...hahahaha, tp Mat dah dengan kejamnya meng"tag" jugak akak, so akak dengan "terpaksa sukanya" (*hahahhaha...) melangsaikan hutang nih....adeeii...ko memang Mat!! Lenkali bg award yg xda jawab2 soklan je taauuu....hehe


1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda...
  • Sejak bila???? Waaa sangat lama, rasanya masa akak darjah 3, mak akak memang guna dapur minyak dan dapur kayu (*atas para yang dibuat oleh abah akak). Emak dulu tolong abah menoreh getah, so xda orang kat rumah, akak mmg jenis gatal-gatal tangan nak sangat nyalakan api dapur kayu nih....letak getah skrap (*tau ke getah skrap, alaahh getah yg diambil dari batang getah yg kering dah tu), ha tuang sikit minyak gas, buuhhh!!! Nasib x terbakar dapur haa....api nyala, letak la kayu bersilang tindih2...sure nyala....dan apa benda akak masak??? Sure la ambik periuk, letak beras, basuh, sukat air (*belajar guna paras jari) dan masak ler...bila nasi dah nak kering tuh, kena pandai2 la barakan sikit utk keringkan nasi....Tapikan akak pernah masak nasi terus jugak letak telor sebiji, basuh telor, letak dalam nasi, bila kering jek nasi, telor pun sama naik masak, akak makan dengan kicap...wahahahahaha....kenangan indah tuuu...
2. Sapa yang menggalakkan anda masak...
  • Ni soklan utk masa sekarang ke, masa dulu2 nih? Heemmm kalau masa dulu2, tentulah emak dan keadaan yang menggalakkan akak masak...(panjang citer, xyah citer la eks). Kalau sekarang lak, tentulah selera anak2 dan suami yang menggalakkan akak masak, kan..kan...
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda....
  • Yang paling akak suka masak dan digemari??? Hahahaa....ada 2 3 masakan laa...antaranya dari kategori telor, Sambal Tumis Telor Pecah Darat, seisi rumah suka.. kategori ayam, suami suka sangat kari ayam akak (x caya tanya MamaFaMi...best ke tak best - ni kalau akak masak kat mana2 pun, dia boleh cam akak masak ke, org lain masak..ha kooo), dan kategori daging, of course, daging dendeng....semua sukaaa...sure lariisss dan gerenti habis!! hehe..
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. (ramai...tp ni antaranya eh...yang lain jgn kecil hati eh..boleh jek ambil award dan jawab tag k..muaahh!)

Sunday, November 28, 2010

Sessi Kutip Award Yang Hampir Terlupa

Salam hujung minggu semua....ni just nak kutip award2 pemberian blogger tersayang yang hampir terlupa dah tauuu...sori banyak2 eh....tersangat bz dan nk letak entry pun terkejar2 masa....Terima kasih buat semua yang mengingati akak....salam sayang dari akak. Dan mohon maaf jugak akak x sempat la nak jawab tag2 nih...adeeiiii....semakin hari semakin bz ntah apa2, lebih2 lg cuti sekolah, cuti semester nih.....melayan karenah anak2, nak makan kat luar la...nak jalan sana sini laaa..waaaaaaaaaaaa, macam2 plan depa noooo....Kalau ada sesiapa lg yg bagi award akak x kutip lg, tolong bagi tau eh...x disengajakan dan terlepas pandang laa tuu...

Dari Love dan MamaFaMi dearest...hehee, sori la Ummi x sempat nak jawab tag la Ma....huhuuu...lenkali la eh..

Yang ni daripada Lin Rosly lak...Thanks for remembering me and nice knowing you Lin! Yang ni soklannya sikit jek...so akak jawab la jugak...hehehe

Nick Name Tuan Punya Blog:-
Ummi Zaihadi

Ucapan Untuk Pemberi Award:-
Buat Lin, terima kasih tak terhingga kerana sudi menghadiahkan award blog cantik ni kepada akak....weeee, tertanya2 gak, kat mana cantiknya blog akak nih....gambar pun sedang2 jek, resepi pun sempoi2 jek ala2 orang terkejar2 balik kerja memasak...ha, gitu la kan...Buat Lin, akak rasa gembira kerana mengenali Lin walaupun hanya melalui alam cyber dan belum berpeluang berdakap mesra dengan Lin....insyaAllah, suatu hari akak ingin nak jumpa Lin jugak...muaaahhhh!

6 fav artist / singer / group :- (kalau ikutkan ramai weeyyy..hehhee)
  • Maher Zain
  • Anuar Zain
  • Celine Dion
  • Rabbani
  • Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
  • Tan Sri P.Ramlee/Saloma
Tag 10 bloggers:-
  • Xdan lagi nak fikir.....kepada yang sudi, sila ambil la yeaa...

Thursday, June 3, 2010

Sesi Kutip Award Yang Baru dan Lama..Soooorrriii


From Love - I'm sorry for being quite late to hang it here...thanks a lot dear!!

Yang ni baru je diterima dari Yatie, terima kasih banyak yaa..

Friday, May 21, 2010

Award Lagiiii..Thanks

Terima kasih buat Hana yang hadiahkan Supermom Award ni kat akak...Ni kalau tak ambik kang dia merajuk 2 tahun ni kang...aiseyyyy..hehee..Thanks Hana...am I the right one?? Huk alooo..

Yang ni pulak dari Ina Faizul, sori akak lambat sikit ambik...terlupa pun ada..huhuu..besarnya bunga tu..kalau betul-betul le buat payung kan Ina....hehe, thanks a lot for remembering akak..

Monday, May 3, 2010

Award Pro Memasak Dari CMG

Malam ni akak nak wat kerja mengangkut award je ler nampaknya...banyak gak yang bagi tp kan akak mcm dah lupa (*ahaakksss, Mat kata, almaklumlaahhh..) jadi kepada adik2 yang perasan akak tak amik lagi award tu boleh kot remind akak ni haa...puas nk ingat sape yang bagi, huhuuuu...mintak maaf banyak2, x sengaja tauuuu...
Okay ni layan Award Pro Memasak, aiiihh akak tak rasa langsuuuunnn akak ni pro, jauh panggang dari api...masak suka2 je kat sini, ada la sikit2 kita punya, cuma rasanya ni Mat bagi akak sebab tengok akak pro masak sempoi2 punya resepi sebenarnya, kan Mat kan..wakakaaa..kalau yang tu akak setuju..hehee..Mat, nnt kena sambung sikit tali apron kat pinggang tu...sebab almaklumlaaaa...hahaa, dulu sepemeluk batang kelapa, now dah sepemeluk batang sawit kot..hahahaa...xda harapan je nak pakai apron lawo camni...pakai baju T rabak akak tu lg best...sonok sikit, lepas masak terus wat kain buruk lap atas cabinet dapur segala...hehe..Apapun, time kasih la Mat oiii..hadiahkan apron yg tak muat ni kat akak..huhuuu..gantung je ler kat paku dapur ni ha...

Adeiii kena jawab soklan pulak dah, nasib baik tak panjang soklan tu:-

(1) 3 JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK

  • Sambal Tumis Udang (favourite family)
  • Asam Pedas (terutamanya ikan)
  • Sweet Sour Ikan Kerapu

(2) 3 PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....

  • Dadih (apa2 perisa pun)
  • Oreo cheese cake (kira pencuci mulut ni kan)
  • Sagu Gula Melaka (favourite family)

(3) 3 JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....

  1. Biskut Makmur
  2. Tart Nenas
  3. Biskut Cornflakes

(4) BAGI 3 AWARD INI KEPADA RAKAN ANDA YANG JUGA RAJIN MEMASAK..

  • JUN (yang rajin menjelajah resepi-resepi baru dan begitu setia di dapurnya)
  • DOKTOR INAHAR (walaupun sibuk di klinik, masih ada masa memasak)
  • WATIERMAN (seorang isteri yang sanggup memasak subuh2 hari dan bekal untuk suami dan anak-anak)

Georgeous Blogger Award by AzuraRahman

Baru ni banyak terima undangan untuk ambil award, antaranya ni adalah dari Azura Rahman. Thanks so much atas ingatan...so akak gantung dah ni eh..

Saturday, April 24, 2010

Friendship Award dan Tag Dari CMG

Hari ni cuti..banyak kerja dan projek dalam rumah dah selesai...banyak hasrat pun dah tertunai jugak...heheee... Cuma hutang dengan Mat ni baru je nak bayorrr....Thanks selori dan sori selori jugak kerana akak lewat amik award dan langsaikan soklan2 cepumas ni...lomaah betuiii tauuu...Maklum dah lama x jawab2 soklan peksa nih...Tapi suka gak wat soklan camni..dapat setahun sekali cukup la eh...Okaayy ni baru ada masa lepas dah mengemas bilik abanglong yang macam tongkang pecah dah ni..tuannya xda, tp bilik kusss semangat...hehee..Okaayyy Mat...ko correct laa eh...markah tu kalau lulus cemerlang, akak antar ayam KR k..hehe


(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
Daaaahhh...

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Dari sapa lagik yang kuat nyakat akak ni kalau bukan Chef Blogger Tersohor Mat Gebu

(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10
SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....


(1) FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU:
  • Ummi - panggilan dari emak, abah dan semua saudara-mara yang lebih tua dari akak dan rakan seusia. (Asalnya, masa akak kecik2 dulu, mak panggil akak Suriani sebab tu nama dia cadang nk letak memandangkan akak lahir di kala waktu matahari baru nak terbit, tp kalah dengan Tokwan akak yg nak sangat letak nama Ummi ni...lama2 dia sorang jek panggil nama ni...pastu mak akak pun stop sendiri la...akak sendiri pun xdan dengar mak akak panggil akak dengan nama Suriani tu..dan 3 4 bulan je kot..huhuuuu
  • Kak Ummi - gelaran dari kawan-kawan yang lebih muda dari akak.
  • Ngah - panggilan dari adik-adik dan saudara-mara yang lebih muda dari akak
  • Mak Ngah - off course la dari segala anak2 saudara sebelah akak (*sampai ada sorang anak saudara akak Aleeya ni kan, dia nyanyi lagu anak2 nabi kat Taska, ada ke mcm ni.."anak2 Nabi ada 7 orang, 3 lelaki 4 perempuan...yang last sekali nama anak perempuan Nabi tu dia sebut, Ummi Kalsom Mak Ngah, wakakaaaa...)
  • Mak Anjang - anak-anak saudara sebelah hubby la panggil nama ni..in fact, kalau balik kampung sebelah hb, akak dah jadi Wan Anjang pun....huhuuu...(xpa Wan Anjang vouge..hehee)

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

  • Birthday Mak (27 Julai) and Abah (1 Oktober)
  • My Anniversary (1 April)
  • Birthday Hb (12 April)
  • Birthday Anak2 (Amirul Hazmi - 4 Jan, Najwatul Huda - 2 Jan, Najiha Elyani - 30 Mei dan Aiman Hazwan -20 Oktober)
  • Birthday akak dan ada beberapa lagi tarikh yang menjadi ingatan dan x perlu akak senaraikan laah...hehee

(3) FIVE THING YOU DONE YESTERDAY:

  • Keje laaa kat ofis
  • Masak tuk lunch (semalam Jumaat, lunch hour lama so sempatlah balik masak Ikan Asam Manis)
  • Petang singgah kedai baking and Tunas Manja beli barang sikit
  • Angkat kain, lipat kain...huhuuuu...penatnya..
  • Malam tadi kemas2 sikit bilik abanglong sebab ada cina nak datang fix aircond pg ni..

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY:-

  • Memasak dan menjamu selera
  • Dengar lagu sambil santai2...aiiihh ada masa ke...sambil2 wat keje lgk ada laaa..
  • Go shopping or window shopping
  • Suka usik hb dan Aiman
  • Dapat apa-apa barang yang diidamkan, x kira lah beli sendiri ke, orang hadiahkan ke..hehe

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES:-

  • Alaaa...akak bukan kaki wayang, rasanya 4 tahun sekali la tengok movie kat panggung tuh, tu pun melayankan Aiman ni...tengok tv pun jarang2, kalau yang bersiri tu byk yang tertinggal dari yang tengok..pastu sibuk2 tanya orang apa citer semalam, apa kesudahannya..wakakaa

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES:

  • Memasak
  • Blogging (setakat masa yang ada saja laa...)
  • Collect diningware (yang biasa2 aje untuk tukar ganti pakai kat rumah ni..)
  • Deco (hobi ni dulu no. 1, memasak no. 2, now teruk kan rating jatuh no. 4..hehee)
  • Membaca buku ilmiah bila ada masa atau malas nak masak....hehe...tu bermakna ada la buku yang sedang akak target nak habiskan.)

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE:

  • Suamiku dan anak2 tersayang
  • Mak dan abah tercinta
  • Adik beradik
  • Teman-teman yang ikhlas dan jujur
  • Suka orang yang berterus terang jugak

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION:

  • Mestilah teringin nak pergi Umrah dan Ziarah, bolehkan (Haji xleh melancong la kan) insyaAllah, doa-doakan akak eh..
  • Terdetik jugak bestnya kalau dapat terbang ke Italy, France or Jamaica tu kan...aaiiihh byk tempat yang x tau la sampai ke idaakkk..
  • Suka tempat-tempat yang berhawa sejuk seperti di tanah tinggi, mcm Cameron pun ok dah.
  • Tempat pelancongan bersejarah dlm Malaysia ni seperti Melaka dan yang ada shopping complex..hehee
  • Mandi-manda di sungai mcm kat Pulau Santap, Janda Baik tu...sejukk ooooiii..

(9) FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY:

  • Sebab dah kena TAG dengan Mat Gebu ni ha
  • Suka jugak bila tengok soklan tu...xdalah payah sangat, boleh skor A lg kot...hehe
  • Menunjukkan rasa penghargaan kepada orang yang sudi listkan nama akak nih...walaupun dia tau akak xdaaaaaaa masaaaaa...hehe
  • Boleh jugak mengenalkan diri dan sebahagian dari personaliti akak kepada blogger2 yang baru, mungkin! Yang lama, cam Mat ni mst dah tau akak ni camne...ekekee
  • Untuk menyuruh orang baca tag pulak selain dari menu2 ajeee..kan, kan...

(10) FIVE PERSON TO TAG:

Habis dah eh tang tag tu..rasa cam nak tag ramai lgk jeee..hehee, xpa lain kali laaa..

Wednesday, April 14, 2010

Friendship & Top Blogger 2010 Award

Alahaaiii akak dah hampir terlupa nak angkut award ni dari last week lagi Sheila suruh akak ambil, ish ish.....terima kasih x terhingga kerana sudi menghadiahkan Friendship and Top Blogger 2010 Award ni kepada akak....mohon berbanyak maaf jua kerana akak terlewat gantung kat dinding dapur ni.....Apapun, akak berbesar hati menerimanya, wpun blog akak ni xlah ngetopsss mana pun...hehee...muaaahhh to Sheila..

Wednesday, April 7, 2010

Hari Mengutip Award-Award..

Terima kasih banyak-banyak kepada adik2 bloggers yang sudi menjemput akak untuk menerima award2 kat bawah ni...Siap pakai baju lip-lap lagi ni ha datang...pastu kete Storm duk tunggu kat luar tu ha nak mengangkut...heee..berbaloi2...Thanks for remembering me and love all of you so much!!..

Daripada Huda

Award dari Kerull


Weee kita nak pakai crown ni masa bila eh? Xkan pi ofis, xkan masa masak2, xkan bawak tituun..ha, masuk dalam lemari leer jawabnya...hehee

Dua mahkota di atas daripada Nenek (nenek muda nih..hehe)

Sunday, March 28, 2010

Top Blogger 2010 Award



First of all, thanks to Mat Gebu kerana memanjangkan award Ben Ashaari ni kepada akak pulak...terima kasih tak terhingga Mat!! Top Blogger eehhh? Hehe...ya ke..ntaaaahhh laa, hehe...apapun terima kasih kepada pengunjung dan followers yang x pernah jemu singgah di dapur akak yang tak seberapanya ini...Akak rasa sangat terhutang budi, rasa terhormat lagi laa pulak...thanks a lot a lot semuaa.....!!!!! Okaayyy now akak nk kongsi pulak kepada 13 orang bloggers lain di sini eehh??? Kalau ikutkan ramai laaa yang ngetopp!!! Ni yang sempat akak link mengikut yang belum tersenarai dr blog Mat la yaa...dan harap yang lain pun dapat panjangkan kepada yang lain jugak yaaa...Rasa tak adil kalau terhenti di sini je kan...
A :-Say thanks and link the person who gave you the award. (Thanks ya Mat)
B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic. (Erkk...kalau ikut yang asal kena 20, budak Ben tu dah kurang kan jadi 13....banyakk tuuu!!! Akak pun letak 15, xleh nak memikir nii..).

C :-Contact said blogs and let them know they've won the award..(alaaa, bab ni la yg lomaahh nak kena ketuk pintu rumah orang nih..hehee)

  1. Kak Hanieliza
  2. Bro Rozzan
  3. Ros@JintanManis
  4. Along Roz
  5. CikMin
  6. Dayang Jack
  7. Nor Secubit Garam
  8. Noreen
  9. Love
  10. Deetha
  11. SL (Nina)
  12. Ijan, Finland
  13. Watie
  14. KakIntan
  15. Jiya

Okaayyy harap semua yang tersenarai sudi la gantung kat rumah memasing yaaa...yang lain pun ngetop jugak tp, akak pnya kepala ni dah buntu nak rewang2 jengah tengok...Maaf pada yang lain, akak harap award ni dapat dipanjangkan kepada kalian yang lain pulak ok..

Thursday, March 18, 2010

Honest Scrap Award from Dr. Inahar

First of all, million thanks to Doc Inahar sebab pass award ni kat Ummi...muaaahh, muaaahh...tapi seribu maaf sebab lewat sangat tepek kat sini...huhuuu..bz la Ina + sikit lupa..hehee..ada ubat tuk hilangkan bz x Ina..hehe...Tapi yang buat lomaah segala sendi ni bila kena menjawab soklan cepu mas la pulak..rasa dah 2 3 kali dapat soklan camni...xpa laahh, Ummi copy-paste je ler kat sini eh..bole la Ina nooo..


# I have to share 10 honest truths about me: (ada lg ke yang x kenal2 Ummi nih..hehe)

1. Seorang yang happy go-lucky and cheerful person since I was young - will always stand still..hehe! Tapi lately bila berjauhan dengan anak2 dah x tahan sedih gak..

2. Seorang ibu yang tegas and always trying to be protective to my kids. Tak suka anak2 keluar rumah tanpa sebab penting after maghrib and no more outing with friends late at night...

3. Suka masak2 laaa...itu dah macam ketagih la kan..hehe

4. Suka country-style or the english-style home-deco, tapi maintain yg simple and practical je ler...

5. Suka easy-listening music especially love songs..hehe...it's just like a mind-theraphy for me. So, you'llalways look young. =)

6. Cerewet gak bab kebersihan tapi skrg macam x larat je dah nk maintain, sakit urat dibuatnya...cuti semua nk buat sekaligus!

7. Suka jugak collect dining-wares. Tapi macam kena beku jap sejak anak2 masuk U ni..hehe. Tapi amat suka "window shopping" jgk kat department ni kalau dah lalu...hehe

8. Tak pandai nak deco2 cake..ntah bila nak reti...totally out betul!

9. Suka berbincang dan ikhlas menegur dan suka berterus terang dalam sesuatu hal.

10. Yang last ni, anda nilai sendiri laaa...ok ke tak akak nih? hehee

Wednesday, February 17, 2010

Lovely Blog Award Given By Love2Cook


First of all, million thanks to Love for remembering and giving this lovely awards to me...You're such a sweet friend and really appreciate of your warm thoughts and compliments...Hope our frienship remains the same and may you have a great moments being with us here...muaaahhhh!!

Friday, January 15, 2010

"Special For My Online Friends" Award By Nur-Cetusan Rasa



Pertamanya akak nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Nur Cetusan Rasa yang telah menjemput akak mengambil award di atas nih sudah agak lama daa..ni baru sempat dan teringat nak letak, sungguh bermakna dan akak suka dengan those lovely words...tapi berbanyak maaf dipohon kepada Nur sebab lewat akak gantung kat dapur akak nih...lantaran kesibukan dan sesekali terlupa pulak nak ambil...Nur, jangan kecil hati yaaa....bukan x sudi, akak betul2 dah hampir tak ingat, sibuk sana, sibuk sini...Terima kasih la banyak2 yaa atas ingatan Nur terhadap akak...
So kepada semua adik2, kakak, abang adik yang rajin singgah ke dapur akak nih, dipersilakanlah ambil award tersebut dan gantung di mana sedap mata memandang yaa...Maaf jugak la x sempat nak menyenaraikan satu2...yang pasti, anda semua adalah "my special online friends" and i love you all soooooo very much!!..jangan malu, jangan segan k!!! Muaaaahhhh....

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak Dan Kad Dari Teman Blogger.. ^____^

Salam Ramadhan al Mubarak untuk semua....Hari ni penat sungguh..poket pun licin sebab bayar sewa lori nak mengangkut award n kad-kad sempena Ramadhan al Mubarak dari teman2 dan adik2 di alam cyber nih...wakaka...Tahun ni Pejabat Pos xda jual setem ke sampai akak kena collect sendiri kad2 ni...xpun posmen mogok kot, hehe...Xpa lah penat2 pun suka sangat kerana ingatan dari kalian semua yang sudi menghulurkan kad2 cantik dan ceria ni...berbaloi la bayar sewa lori...hiiikss!! Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan, hanya kasih yang ku berikan, nak ku tunjukkan perasaan..buat teman2 seperjuangan di sini...chewaaahhhh...dah xda pentas nak tunjuk bakat dah akak nih...jangan geli geleman dengor dah lee...

InsyaAllah petang ni nak balik kampung, xpun pagi esok lah kot...Okayy..akak pun ingin mengambil kesempatan memohon maaf dahulu sebelum tibanya Ramadhan al Mubarak yang dinanti2kan..semoga kedatangannya membawa seribu rahmat dan kita semua mengambil peluang memperbaiki dan mempertingkatkan amalan dan akan diterima Allah swt. jua...Mari lah kita sama mengejar fadhilat yang dibukakan oleh Allah swt di bulan yang mulia ini,...Akak doakan moga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dan memperbanyakkan amalan atau bersedekah dengan sempurna....aminnnnn


Mohon maaf jua jika akak jarang2 bersiaran di bulan Ramadhan ni memandangkan ada banyak perkara yang harus kita sama2 dahulukan...semoga anda di luar sana sentiasa dalam lindungan Allah swt. Pesan akak, janganlah membazir makanan ya...hidangan biarlah berpada-pada dan ingat akan kesusahan orang lain di luar sana...insyaAllah kita lebih diberkati dan menjadi orang-orang yang lebih bersyukur. Maaf juga sebab akak x sempat nak pergi rumah ke rumah dan di kesempatan ini sebelum Ramadhan, akak mohon maaf andai ada terguris rasa, tersilap kata, tercuit hati tanpa sengaja selama kita bertegur sapa di alam maya ini...Terima kasih tak terhingga atas kad tanda ingatan ini, kalian sentiasa di hati..muaaahhhhh!!!
dari Nor (Secubit Garam)
Daripada Cikmin

Daripada Anawahid


Daripada Ayu Singapore

Daripada CT Delima


Daripada Noorsha


Daripada Love

Tuesday, August 18, 2009

Baru Sempat Nak Kutip Award-Award


2 Award dari kak Intan KL
Award yang cute jek, dari Fa'e
Pertamanya nak mintak maaf banyak2 lah kepada kak Intan dan Fa'e atas kelewatan mengutip award-award ni...duk bz je hampir terlupa dah...nasib ni baru ingat...Faham2 aje laa sebab masa pun x banyak nak melilau pi cari lori, dah jumpa lori nak angkut, mahal pulak nak cajnya..last-last kita bawak kete sorong sendiri la pulak...termengah2 dibuatnya...banyak2 terima kasih atas ingatan kat Ummi ya Kak Intan..n Fa'e yang baru akak kenal di alam maya jugak sebab sudi hulurkan award nih...muaaahhhh untuk anda berdua...