Thursday, April 7, 2011

One Lovely Blog Award - Thanks Kak Jee

Firstly, nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Jee (Fauziah Abd. Samad) yang telah menghadiahkan award ni kepada Ummi....sangat berbesar hati menerimanya dari seorang blogger dan bukan calang-calang wartawan/penulis serta pelakon yang pernah Ummi minati masa suatu masa dulu, lebih2 lagi kalau citer kelakar-kelakar gitu... Terima kasih jugak sudi letak kita dalam blog list Kak Jee yea...Dan x lupa terima kasih gak kepada Mat yang telah memperkenalkan blog Kak Jee ni pada akak yea Mat... Suka baca coretan-coretan Kak Jee tuh...xyah beli akhbar dah, sebab kita selongkar kat dapur Kak Jee jek hehehee....

Syarat-syarat penganugerahan award ni adalah:-


1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini.
- Kak Jee @ Kak Fauziah Abd. Samad

2. Berkongsi apa jua mengenai diri anda:-
  • Seorang wanita bekerjaya di Jabatan Kerajaan, ibu kepada 4 cahayamata (2 lelaki dan 2 perempuan) yang berumur di antara 13 - 22 tahun, dan isteri yang cukup mendapat perhatian dan sokongan dari suami tercinta dalam apa jua yang diminati...hehe
  • Dulu-dulu sangat suka mengemas rumah dan berkebun di tanah sekangkang rebit, tp now dah terlebih suka memasak dan mencuba resepi-resepi baru terutamanya sejak terjebak di dapur alam maya ini...now macam x berapa sempat jek nak mengemas...wahahhaa..
  • Seorang yang happy-go-lucky dan boleh jadi kelakar bila berkawan, tp suka merajuk kalau berpacaran dgn suami...hehehe
  • Mudah simpati, sangat sensitif atas perkara-perkara yang menyedihkan...jenis air mata mudah mengalir la nii...huhuu
  • Suka jugak mendengar lagu yang berayat cinta gitu...hehee...layan sesekali laaa...
  • Family adalah keutamaan.

3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui:-
  • Untuk yang ini, kalau disenaraikan memang lebih dari 15 tuh...x larat lak nak list dan link kan....so kepada sesiapa jua adik-adik blogger (newbie) yang menjejaki Home Sweet Home ini, sudi-sudikanlah mengambil award ini. Sangat dialu-alukan...terima kasih.

2 comments:

MamaFaMi said...

(quote)...isteri yang cukup mendapat perhatian dan sokongan dari suami tercinta dalam apa jua yang diminati...{unquote)
.....AUMMM.... hihihi.. mengaum abang rimau...

Jiji-Fify said...

tahniahhhhh!!! i love ur belog too.. :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?