Saturday, April 2, 2011

Review Resepi Jelita : (3) DAGING DENDENG PANDAN

Assalamualaikum....selamat sejahtera....semoga hari ini membawa seribu kebahagiaan kepada pengunjung-pengunjung HSH dan sesiapa sahaja di luar sana....mesti banyak agenda nak dipenuhi kan.. Okay kali ini akak kongsikan lagi resepi ke 3 dari keluaran Jelita Mac tu jugak laaa...malas betul nak mengedit gambar segala ni tau...hehehee...tp ikhlas buat kerja ni...xdalah rasa terpaksa..cuma malas sikit jek..byk lg kerja rumah nk buat bila wiken ni kan...hehee...okay jom layan...Resepi akak ni dah turun temurun dah, cuma kali ni ada sedikit kelainan bila dicampak daun pandan ketika memasak, harum semerbak bau dendeng ni ditambah lagi digaul dengan bawang goreng tuh...sesuai jugak di meja pengantin ni tau...silap2 pengantin meratah jek...hehehehe...Okay layan...

DAGING DENDENG PANDAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
(keluaran Jelita Mac 2011)

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 cawan air
  • * 2 batang serai - diketuk
  • * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.
(*Note - penerangan cara2 di atas adalah lebih detail sebelum diedit oleh pihak majalah)

7 comments:

Anonymous said...

sedapnye...

izahdaut said...

uishh membaca bebahannya tu sedap bebenor rasanya.. hmmm kak ummi neh mmg pandaii lah.. i loikeee

Azlita Aziz said...

ha... yg ni belum cuba lagi... coming soon... hehe

Azian Elias said...

kakk...saya nak bakar roti ni.. nak mintak sikit buat cicah..

Mas said...

mas suka daging masak kering2 gini...
masuk list resepi ni...

Sheery Dream Cakes said...

akak... yang nie nmpk sesgt sedap ler akak... simpan resipi nie dulu.. nnt bla nak makan daging.. boleh try resipi akak nie.. :)

mamamya said...

salam k ummi,

sy silent reader je selama ni, tp bila dah try masak dendeng ni rasa wajib jugak komen sket kt sini hehe

dendeng ni sedap gilos la kak,ya ampun serius ni tau mmg kena dgn selera,tambah sini tgh sejuk winter mkn dgn ns panas terangkat u! tang gaul dgn bwg goreng tu yg special tuh, i likee! nnt raya wajib buat, thanks kak! =D

mintak izin share dlm blog sy ye, sy cnp from akak.


http://mycutelilrascal.blogspot.com/2012/01/whats-cookin-dendeng-daging-pandan.html