Monday, October 3, 2011

Award Dari Diana, Tq Cayang

Assalamualaikum.....terlebih dahulu terima kasih yang tidak terhingga kepada Diana yang comeeyy manja kerana sudi memberikan award The Versatile Blogger ini kepada akak dan mohon maaf jua kerana begitu lambat nak gantung kat dapur akak nih... Emm...versatile ke akak? Duk tercari-cari kat mana la versatilenya kat dapur ni....masak lintang pukang jek, ala2 lipas kudung gitu....hehee, apapun akak amat menghargai atas ingatan Diana nih..

Tapi kena wat homework lak eh....adeeeiii, rasanya dah ramai mengenali akak yg bukan baik sangat pun ni.....dah pernah gak citer hal diri yang naif ni...xpa la demi Diana yg sangat baik hati dan nampak sungguh keikhlasan dalam silaturrahim ini, akak citer sikit la yea...


1. Thank and link back the person who gave you this award.
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
  • Akak dah tulis kat atas tu kan Diana....thanks for the award !

2. Share 7 things about yourself on the post.
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)

Tak tau la nak cerita apa Diana oiii...tp lebih senang cerita diri dan pandangan akak sepanjang berblog ni la kan....kang citer impian, mimpi ngeri or suka duka kang mcm x sesuai la pulak...Jom menyelam...hehehe
  • Akak merupakan anak ke 2 dari 12 beradik, suka memasak (of course la kan..), mengemas rumah (tp rumah x kemas mana pun), seorang wanita dan ibu yang happy go lucky, dalam keluarga, dalam bersahabat....
  • Suka meraikan kaum keluarga dan kawan-kawan, bergelak ketawa umpama terapi segala kekusutan dalam hidup. Tak suka cari masalah atau buat masalah.
  • Akak seorang yang suka berterus terang dan suka orang berterus terang jugak dengan akak jika ada sebarang masalah, bercakap berani kerana benar! Mulut laser tp cakap terang2 xpaa...jangan macam baik, tp cakap belakang dan perli-perli, komplot lagi...i don't like!!
  • Akak bukan seorang pendendam dan lebih bersikap sentiasa memaafkan - sentiasa mengalah untuk kebaikan, tidak suka mencari sebab meleraikan ikatan persahabatan yang terjalin atas hal yang remeh-temeh. Hahahaha...kalau x berkenan, sila unfren akak lg baik ya..bagi tau terus kat akak pn xpa.
  • Akak pendengar setia tp tidak suka orang membawa cerita yg menghasut-hasut dan mengeruhkan pandangan terhadap seseorang atau keadaan sekeliling.
  • Akak selalunya beralah dulu selagi terdaya - tidak mudah membuat andaian atau persepsi negatif dengan mendengar cerita sebelah pihak sahaja atau tanpa usul periksa.
  • Akak tidak suka orang yang mengungkit-ungkit tentang kebaikan2 yang pernah dihulurkan sepanjang berkawan. Itu tidak ikhlas namanya, seperti ada udang di sebalik mee kuning...kan!
Okaayy Diana, selesai sudah la tugasan akak...tolong correct ya cikgu..mana yg berkenan tentang diri akak jadikan tauladan, mana yg x berkenan tu buang ke tepi k Diana cayang...! Maklum kita insan biasa...

6 comments:

azam said...

terbaeklah.....

saya pun suka masak

eliyaezlinalias said...

sure meriah kalo berkumpul doblas beradik kan
sya yg 4+1 ni pon kalo bkumpul, skali ketawa bgegar umah abah mak tu...hihihihi

quinnie said...

salam kak ummi..saya pun tak suka org yg mengungkit2 ni...rasa nak campak dlm lombong je org cam gini...kekekke

Juwita Jamaludin said...

salam kak ummmi.. nampak akak punya homework teringat home work tak buat lagi.. hahahahaha..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ummi cayang..
terima kasih sudi ambik award nie.. blog akak mmg versatile tau... tu sudah pasti ;)..betul ler kan akak.. diana pun x suka kalau org yg suka membawa2 cerita yg mnghasut nie.. nnt memecah belahkan hubungan yg terjalin.. x elok kan akak..

Oh Oeya said...

Oh! Kak Ummi >3