Wednesday, October 12, 2011

Fried Maggie With Scrambled Egg & Crabstick

ASSALAMUALAIKUM.....Menu yang sempoi-sempoi aje la yea...tuan rumah macam malas pun ada jugak ni...ni pun mujur masak jugak...hehehe...Jom carik plastik maggie pulak....masak ikut apa yang ada jek dlm esbok tu ha...jangan susah-susah kan... Kat dapur akak biasalah, telor, crabstick, daging kisar, ayam selain ikan mmg selalu ada laaa...

Sotong or udang mmg akak stop sekejap la seboleh-bolehnya sebab Aiman ni mcm alahan pulak hidungnya tuh...nak kata resdung, doctor kata alahan jerk...bukan sama ke tuh.. Dia selalu selsema x kira musim jek akak tengok...pastu pagi-pagi acap bersin... Namun setelah akak stop sekejap sejak puasa hari tu lauk pauk berasaskan sotong dan udang terutamanya, mmg nampak sangat perubahan dia, bertambah baik dan dah xda hingus-hingusan lagi pepagi nak pi sekolah...alhamdulillah.. Nanti sikit2 dan slowly boleh la pekena sotong n udang tu sesekali kan.... Jom layan maggie goreng sempoi jek nih....nama komain panjang...hahaha, mentang2 lah maggie tu kerinting panjang2 eks...

Ni sekadar nak menghabiskan maggie tajaan Nestle hari tuh...lambat habis lah sebab xleh selalu2 makan kaann....


FRIED MAGGIE WITH SCRAMBLED EGG & CRABSTICK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 paket mee maggie - patah-patahkan.
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 5 cawan air (lebihkurang)
  • 2 kiub pati ayam
  • 1/4 cawan sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/4 biji kobis - dihiris
  • 1 batang kecil - lobak - diparut kasar
  • 8 batang crabstick - dikerat 3 setiap 1
  • 4 biji telor - kacau goreng hancur2 dulu (scrambled egg)
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau-kacau biar cili agak masak.
  2. Masukkan kiub pati ayam, kesemua sos dan kicap tadi, kacau sebentar.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih. Masukkan garam secukup rasa. (agak2 dulu la yaa..kang termasin lak)
  4. Masukkan sayur kobis dan maggie yang telah dipatahkan tadi dan kacau-kacau sehingga maggie kembang masak dan kuahnya kering bersalut dgn bahan tumisan.
  5. Masukkan crabstik, parutan lobak dan diikuti dengan scrambled egg. Kacau rata perlahan agar crabstick tidak hancur dan seimbangkan rasa.
  6. Angkat dan hidangan dengan hirisan daun bawang/daun sup/cili merah.



6 comments:

Yat Maria said...

K Ummi

kita sgt berkenan maggie ini..akak telah berjaya membuat kita ke-terujaan nak makan maggi ni di pagi hari...kita off hari ni..sekarang jugak kita nak pi try..

Oh Oeya said...

As salam Kak Ummi.
Mee maggie suka panjang2.. slruppp!!
sodappp u heheh :)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ummi cayang...
alahai.. pepagi nampak nie terus berbunyi2.. bergendang2 perut nie tau.. ehhehee.. lapar terus d buatnya... kalau akak ummi cayang nie yg masak.. maggi pun nampak sedap n menyelerakan... suka2...

Haneem said...

Salam, k Umi, bole share resepi bubur nasi pelbagai resepi pulak ye lepas ni. Saya peminat bubur nasi. Manggi atas ni menyelerakan

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Ummi yg awet muda..
Ish..ish..ish.. Meggi yg kerinting2 tu... hai ...menggoda2 lah.. Nak pengsan ni.. Cer akak anto sepinggan kat sini..heheh..sure tak jadi pengsan..:))

lvynana said...

sedap nii, tambah sikit tauhu jadila mcm yg kat kedai mamak :)