
Bahan:- (untuk half resepi ni Ummi guna loyang bulat 7 inci)
- 10 biji telor
- 85 ml air
- 450 gm gula halus
- 420 gm tepung hongkong )
- 115 gm tepung gandum ) ayak bersama
- 2 sk baking powder )
- 1 1/2 sb ovalette
- 400 gm mentega
- 1 sb. strawberry paste
- 1 sb. chocolate paste
- sedikit pewarna merah
- 2 sk esen vanila
- Dalam mangkuk, pukul mentega sahaja sehingga kembang dan putih. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan, kecuali strawberry paste, pewarna dan esen. Pukul hingga kembang.
- Masukkan mentega tadi dan kacau rata - sebati. (ummi putar perlahan).
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bubuh satu bahagian dengan strawberry paste dan pewarna merah, kacau sebati. Satu bahagian lagi diletakkan chocolate paste, kacau rata. Biarkan satu bahagian dengan warna asal dan letakkan esen vanila, kacau rata.
- Gris loyang dengan butter dan alas dgn baking sheet.
- Untuk separuh adunan ni, Ummi letak 1 1/2 sudu adunan di tengah2 loyang bagi setiap warna. Mulakan dengan warna putih, merah dan coklat berselang-seli. Ulang hingga habis.
- Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau hingga masak (apabila dicucuk dengan cake tester, ianya keluar licin).
8 comments:
salam akak...
cantik elok je marble akak tu...
cantik sampai syg nak makan
looks reallyyy yummyyyyyyyyyy.. btw 10biji telur guna?banyak nyer. Auntie guna Gred ape ye? A?
cantiknya corak dia kak ummi!!
Aishah -
wkumsalam..cantik? hehe..rasa nak tgk kuda belang, tu la pasaii..buat corak camtu..hehe
meo188 -
Hai, thanks singgah sini..kalu sayang nk makan, lapor laa..ngap aje laaa..
IQa -
Hai IQa..10 biji telor tu resepi asal, guna gred B je..tp auntie buat half je semua bahan..tu pun dpat loyang bulat 7 inci, penuh gak, tu psai byk lapis belang dia..puas nak melapih..hehe
Ain -
Hehe..thanks..corak terajin sikit la kot..haha
Nampak gebu betul kek ni :)
Hai Kak Ummi... Tq sudi singgah blog kecik saya...Boleh panggil Ijan je.. Saya dah link blog akak :)
Blogresipi -
Ok Ijan, thanks sudi kenalkan diri..akak jugak dh link blog ijan..thanks!
Post a Comment