Wednesday, May 27, 2009

Strawberry Chocolate Marble Cake

Kek yang bertekstur lembut, gebu, sedikit moist dan memang sedap...abanglong suka sangat...adunan rasa yang ngam tau...Lagi satu resepi dari kak Fida@MyR, nombor dia tengah naik kat dapur Ummi ni agaknya..hehee...Resepi pun senang jek..kan, kan..Buat half adunan je, sebab dah x ramai kat rumah..abanglong n kakngah kerja sambilan dalam cuti semester ni..x duk rumah laa sangat, malam baru ada..dah nak sangat kerja..boring agaknya sebab maknya pun keje x berjalan ke mana lagi..kena tunggu Aiman cuti sekolah dulu laa..hehe

Bahan:- (untuk half resepi ni Ummi guna loyang bulat 7 inci)
  • 10 biji telor
  • 85 ml air
  • 450 gm gula halus
  • 420 gm tepung hongkong )
  • 115 gm tepung gandum ) ayak bersama
  • 2 sk baking powder )
  • 1 1/2 sb ovalette
  • 400 gm mentega
  • 1 sb. strawberry paste
  • 1 sb. chocolate paste
  • sedikit pewarna merah
  • 2 sk esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, pukul mentega sahaja sehingga kembang dan putih. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan, kecuali strawberry paste, pewarna dan esen. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega tadi dan kacau rata - sebati. (ummi putar perlahan).
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bubuh satu bahagian dengan strawberry paste dan pewarna merah, kacau sebati. Satu bahagian lagi diletakkan chocolate paste, kacau rata. Biarkan satu bahagian dengan warna asal dan letakkan esen vanila, kacau rata.
  5. Gris loyang dengan butter dan alas dgn baking sheet.
  6. Untuk separuh adunan ni, Ummi letak 1 1/2 sudu adunan di tengah2 loyang bagi setiap warna. Mulakan dengan warna putih, merah dan coklat berselang-seli. Ulang hingga habis.
  7. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau hingga masak (apabila dicucuk dengan cake tester, ianya keluar licin).

8 comments:

Ummu Aqil said...

salam akak...
cantik elok je marble akak tu...

Meooo Comicore Club said...

cantik sampai syg nak makan

Limekopi said...

looks reallyyy yummyyyyyyyyyy.. btw 10biji telur guna?banyak nyer. Auntie guna Gred ape ye? A?

ain said...

cantiknya corak dia kak ummi!!

Ummi said...

Aishah -
wkumsalam..cantik? hehe..rasa nak tgk kuda belang, tu la pasaii..buat corak camtu..hehe

meo188 -
Hai, thanks singgah sini..kalu sayang nk makan, lapor laa..ngap aje laaa..

IQa -
Hai IQa..10 biji telor tu resepi asal, guna gred B je..tp auntie buat half je semua bahan..tu pun dpat loyang bulat 7 inci, penuh gak, tu psai byk lapis belang dia..puas nak melapih..hehe

Ain -
Hehe..thanks..corak terajin sikit la kot..haha

Anonymous said...

Nampak gebu betul kek ni :)

Anonymous said...

Hai Kak Ummi... Tq sudi singgah blog kecik saya...Boleh panggil Ijan je.. Saya dah link blog akak :)

ummi said...

Blogresipi -
Ok Ijan, thanks sudi kenalkan diri..akak jugak dh link blog ijan..thanks!