Friday, May 29, 2009

Fish Ball With Sweet Plum Sauce

Ni resepi campak2 jugak malam tadi...kes nak perabihkan fish ball yang duk bertapa lama dah dalam esbok tu...layaann je la yaa...hehe...ada sikit maleh dan campur penat rasa balik ofis hari ni...tapi licin gak tibai dek abanglong, kakngah n Aiman...
Bahan:-
  • 10 - 12 ketul fish ball
  • 1 labu bawang besar Holland - didadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 biji yellow capsicum
  • 1/2 biji green capsicum
  • 1 paket sweet peas
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam (optional sebab kicap cair sudah masin)
  • gula secukup rasa
  • sedikit air

(*boleh tambah lagi apa2 sayur seperti, karrot n baby corn atau yang sewaktu eh)

Cara-Cara:-
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua sos dan kacau sebentar. Masak dengan api sederhana dan tambah sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan fish ball, kacau rata.
  4. Masukkan sweet peas, garam dan gula secukup rasa. Masak sebentar biar agak pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan.

2 comments:

Azita said...

kak ummi masak campak2 pun ttp maintain sedap dan "mengliurkan"...

blogresipi said...

Wah..boleh guna plum sos ek.. nampak sedap la fish ball ni...