Wednesday, May 6, 2009

Soft Yogurt Cream

Okaayyy jangan terkejut la pagi2 keluar dessert lak, buat kelmarin, semalam makan ni, dah pedas2 mulut makan rendang kerang tuh..kita sejukkan pulak tekak eh...kebetulan nak habiskan whipping cream tuh...mmg tangkap lentok yogurt cream nih....sedap dengan strawberry jam n fresh strawberry tu....wallaaahhh..! Tapi Ummi xleh makan banyak2 laaa...oooo cheese tuuuuu...geruuunn!! Abanglong duk ulang2, boleh habis 2 mangkuk ni kat dia..Nak tambah berat badan katanya..tp Ummi sound gak, awass...kang penyakit lain lak datang..alahaii...Resepi dari Yani@MyR laaa..sapa lagik! Hehe..

Bahan:-
  • 160 gm cream cheese (*ummi guna Philladelphia cheese)
  • 50 gm gula halus
  • 170 gm plain yogurt
  • 1 sudu besar gelatin + 2 sudu besar air panas
  • 150 ml whipping cream/fresh cream
  • fruit sauce/fruit jam secukupnya
Cara-Cara:-
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Masukkan pula gula, yogurt dan gelatin yang telah dicampur dengan air tadi. Pukul sehingga semuanya sebati.
  3. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kental.
  4. Masukkan No. 3 ke dalam adunan yang yogurt yang telah sebati tadi. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan ke dalam acuan/bekas yang sesuai. Sejukkan.

4 comments:

ain said...

yummyyyyyyyyy!!!!!tiba2 mcm haus gilerrr!!!

MamaFaMi said...

Sejuk menyegarkan, tapi tarak berani ooo...

D'Rimba said...

Indah makanan menyelerakan. Saya ada koleksi baru jemput lawat ya.

VG said...

So refreshing and healthy kak Ummi. Btw, I missed you too. Vin have been sick sebab tu dah lama tak jenguk kat umah Kak Ummi. Maaf ya.