Monday, May 4, 2009

Crispy Almond Puff

Snack untuk minum petang, nak buat senang dan makan pun sodap...mmg crispy, my kids suka...Resepi dari kak fida@MyR..

Bahan:-
  • 1 adunan pastry puff (*ummi guna jenama Pampas puff)
Topping:-
  • 150 gm gula aising - diayak
  • 1 biji putih telor
  • 200 gm badam hiris - panggang 5-8 minit)
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, satukan putih telor dan gula aising dan pukul dengan whisk hingga sebati. Ketepikan.
  2. Canai pastri agar lebar dan nipis. Potong saiz 2 x 4 inci persegi.
  3. Susun dalam dulang dan sapukan topping tadi. Tabur rata badam hiris.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 20 minit/hingga garing. Sejukkan dan simpan.

4 comments:

ain said...

rajinnya kak ummi. bak sini le sikit semangat kerajinan akak tu. saya ni lately malas betul le ke dapur.hihi

ummi said...

Ain, xda rajin mananyaaa...sebab senang je tu..akak buatlah..tp mmg crispy betul, sedap minum ptg dgn teh O..hehe

Mat Gebu said...

kak..ada ek jenama "pampas" puff..nasib baik tak "pampers" puff..hahaha..adoiii, tak kesah lerr apa2 jenama pun, janji "puff"...

ummi said...

Mat Gebu - Aah ada..besar pnya puff, kira saiz 4x ganda dr jenama Kawan tuh! Akak beli kat Giant..aah x kesah laa..jangan Pampers dah laa..tp leh kot balut, tp bkn balut kuih laaa..balut montot owwaangg..wakakaa