Sunday, May 10, 2009

Bubur Candil

Semalam Ummi x sempat masak apa2 sangat...pagi pergi kenduri ke Muadzam Shah..sampai rumah dah hampir jam 4.00 petang...Hari ni lak drive sendiri ke Segamat berteman anak2 nak amik kakngah yang dah start cuti semester sebab hubby masih di Tioman, penuh kete bawak balik barang2 dia... Sampai rumah kul 5 ptg tadi siap makan KFC dah kat Giant..hehe..ni dah kenyang perut..malam ni gantung periuk laa..Baru la sempat posting bubur candil ni, so layan je laaa...ceduk dari dapur Rinnchan..thanks Rinn..memang best!! Akak mintak izin nak C & P je ya..

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 camca air kapur sirih
  • 4 cawan air
  • 200 gm gula merah
  • 2 helai daun pandan
  • 6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air

Bahan2 Kuah Santan :
  • 1 cawan santan dari ½ biji kelapa
  • 2 helai daun pandan, robek-robek
  • 1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
  • secubit garam
Cara-cara :
  1. Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
  2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
  3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
  4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
  5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
  6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya..


5 comments:

D'Rimba said...

Sedapla jadi anak-anak ummi mesti montel kenyangla makan hari-hari sedapnyaaaaa.....Nak jadi anak ummilah. heheheh....

ain said...

aduhai...nmpak menyelerakan oooooo!!!!

Chenta said...

kak ummi..
bestle bubur candil neh . w/pun saya baru cuba, tak sangka plak anak2 suka .

tq ....

makcikkantin said...

salam ummi,
lama tak masuk...rasa mcm nak cuba buat yg nih, looks sedaaaapppp

ummi said...

D'Rimba -
Hehe..xtau la sedap ke x..ada masa kita x masak diaorg nk makan, bila dah masak, cam x berapa nk layan jek! Tu pasal ada yg montel, ada yg "maintain" hehe..

Ain -
Menyelerakan ek?? Ha, kena buat la tu..

Linda -
Waaahhh dah cuba dah eh..bagus..cepat tekak tu nk merasa yaa..hehe..thanks to Rinnchan for sharing this recipe..

Makcikkantin -
Cepat2 buat..sedap ni tau..rugi x try, bahan senang, buatpun senang..nak makan lg senang hahaa..