Friday, May 22, 2009

Puding Roti Laici

Semenjak musim panas je ni...suka betul nak wat dessert...nak menyejukkan tekak...kali ni try puding dari dapur Kak Hanieliza jugak...kira adik beradik puding laici...tp x dangdut laaa..yang ni kenyang sikit makan sebab campur roti....Meh je la layan...sapa rajin, buatlah eh..hehe
Bahan:-
  • 1 buku roti saiz kecil (450 gm) (*ummi guna Gardenia)
  • 1 tin susu cair (*ummi guna Ideal)
  • 1 tin air (sukatan tin susu di atas)
  • 1 tin buah laici
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telor
  • 2 sb rata tepung jagung

Sos Karamel:-

  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan air
Cara Membuat:-
  1. Koyak isi laici dan roti kepada saiz kecil2, campurkan keduanya dalam bekas dan ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan cecair dalam bekas dan tuangkan ke dalam roti tadi.
  3. Rendamkan selama 1 jam.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang (*ummi griskan loyang dengan butter dulu).
  5. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
  6. Sejukkan dan potong. Hidangkan bersama sos karamel.
  7. Masak bahan sos karamel dengan api perlahan hingga agak pekat/likat. Tutup api.

6 comments:

Nora said...

hai salam perkenalan..lawat blog sy.. ketahui lebih lanjut mengenai produk marykay dan peluang tambah pendapatan sebagai Beauty Consultant

hijriah-hidayad-hiwayat said...

sedaapnya, kak...

terliur ni walopun tgh kenyang.

ain said...

sedapnya kak ummi. kat jb ni pun tgh pns..sesuai betul mkn puding roti laici!!

Jamie said...

sedap nie.. roti pun ade nie..dah nak expired takde sapa nak makan. cuma laici jer takde.

~ Liyana89 ~ said...

Kalau kite steam kn boleh x???x gune cara bakar..kalau gune steam ape akn jadi?

~ liyana89 ~

ummi said...

Nora -
Salam kenal jgk, oo agen MK eh..salute org muda skrg pandai cari duit..akak pun dah lama kenal produk ni sbb adik akak duk jd agen..mcm2 course dia attend, puas pujuk akak tp x pakai2 pun lg..adik2 lain & ipar ramai dah pakai..hehe..akak duk guna produk murah2 jek! :D

Hijriah -
Kalau tengah kenyang xpa..x menyeksa sgt kan? hehe..

Ain -
Ha, kalu tgh panas mmg sesuai sgt lah ni..hehe..buat, buat cepat :D

Jamie -
Ha, dah ada bahan, boleh la jalan projek ni kan..

Liyana -
Akak x tau la jadi camne..maybe lagi lembik dan susah nk potong..kena scop la kot bila nak makan..apapun cuba lah..