Friday, May 8, 2009

Banana Caramel Poundcake

Rasa lama pulak tak bakar kek...tengok resepi Kak Yani@MyR ni, nampak macam sedap...memangpun!! sedap, moist, lembut dan x cukup laaa...hehe...Dan yang penting, so fast n ez to prepare...bau pisang naik harum masa kek ni dibakar....meh, meh, makan...hehe

Bahan:- (loyang 7 x 5 x 20 cm)
  • 120 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 90 gm gula
  • 50 ml minyak masak
  • 2 biji telor
  • 1 biji pisang besar (ummi guna 2 biji pisang berangan)
Untuk caramel:-
  • 30 gm gula pasir
  • 1 sudu besar air - untuk masak dengan gula
  • 2 sudu kecil air lagi untuk diletak dalam setelah gula jadi perang
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan. Alas bekas poundcake dengan baking paper atau sapu butter supaya tidak melekat. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Potong bulat pisang lebih kurang 1cm tebal. Panaskan 30 gm gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yang telah dipotong. Sejukkan sebentar.
  3. Dalam mangkuk tahan panas, masukkan telor, gula, minyak. Pukul sekejap.
  4. Isikan frying pan dnegan air, panaskan dan letakkan mangkuk berisi adunan telor tadi dan kacau hingga gula cair.
  5. Masukkan tepung ke dalam adunan (4) dan kacau sebati.
  6. Tuangkan karamel ke dalam adunan dan kacau perlahan. Biar jadi bercorak-corak (*ntah la Ummi punya x nampak corak apapun..hehe).
  7. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit (atau bergantung kepada oven masing-masing).

2 comments:

ain said...

boleh buat ni sbb ada pisang masak kat pokok tu. x turun2kan lg.hihi

P/S..SELAMAT HARI IBU UTK KAK UMMI!

ummi said...

Wah Ain, ada kebun pisang ke? Eloklah turunkan pisang2 tu..nnt kena curi lak..haha..Selamat Hari Ibu jugak wat Ain.. :D