Ni menu malam tadi sebenarnya...masak beriya sikit sebab abanglong ada bawak kawan dia Hafizi budak Kuching, Sarawak yang tak balik bercuti pun ke sana wpun pihak U dah isytiharkan cuti coz H1N1 selama seminggu...rata2 dia ke rumah kawan2 sampai ke Terengganu dan semalam balik semula ke Kuantan dan tido di rumah Ummi...Kawan abanglong ni x bese makan apa2 jenis seafood..jadi semalam Ummi masak lala ni dia makan, cakap sedap...Tu pasal la x sempat nak letak entry siang tadi..bz sikit laa...K, meh la layan lagi resepi dari buku Kak Liza tuh...
- 1 kg siput lala
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 3 tangkai cili merah (dihiris)
- 5 sudu besar sos tomato
- 5 sudu besar sos cili
- 2 tangkai daun sup (dihiris - *akak letak daun bawang)
- garam secukup rasa
Cara Memasak:-
- Siput lala direndamkan ke dalam air sebentar. Kemudian basuh dan toskan. (*semasa memabasuh lala, pastikan kulit lala terbuka kerana biasanya lumpur terperangkap di dalam lala yang bertutup rapat).
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
- Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan siput lala. Kacau rata.
- Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
- Angkat dan hidangkan dalam pinggan.
1 comment:
ni fav saya ni kak ummi. selalunya saya mkn kat remaja seafood. lala goreng dia mmg kaw!!!! pernah gak buat, mcm kureng pulak rasa dia.hehe
Post a Comment