Wednesday, August 12, 2009

Kentang Tempe Perisa Kari

Ummi buat ni atas permintaan my daughter Najwa yang kebetulan balik bila dia demam sikit kat U tempohari..so doctor bagi medical leave 6 hari...wpun doctor kata demam biasa, tp now budak2 yang duk hostel ke U ke..kalu demam jek, disuruh balik....emmmm...jadi semalam balik kerja ingat nak masak lauk ikan, tp dia dah request nasi air pulak, sebab katanya sakit tekak akibat batuk x hilang lagi..sian diaaa...so Ummi masak nasi air perisa ayam dan makan dengan serunding ikan (yang dikirim dengan Nor Tganu tempohari), cili padi kicap dan kentang tempe nih!
Bahan:-
  • 2 paket tempe - dihiris nipis2 dan potong 1 1/2 inci
  • 3 biji kentang - potong nipis dengan pemotong - rendam dlm air kapur 5 minit
  • 2 genggam ikan bilis kecil
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk/kisar kasar
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk/kisar kasar
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu teh (rata) serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh (rata) serbuk ketumbar
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak agak banyak dan goreng berasingan tempe, ikan bilis dan kentang hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan perlahankan api. Kacau hingga cili naik minyak.
  4. Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau hingga naik minyak dan seimbangkan rasa.
  7. Bila agak kering, masukkan kesemua kentang, tempe dan ikan bilis tadi. Kacau sebentar. Tutup api dan kacau lagi rata-rata. Siap untuk dihidang.

2 comments:

ain said...

siannya najwa..moga2 tiada apa yg serius. sekrg ni dmm sikit pun dah risau kan kak??

kntang tempe ni memang ngam klu mkn ngan bubur nasi tu.

blogresipi said...

tempe nie kite start suke masa makan kat upm time ade kursus dulu.. punye syiok mkn sampai ketagih.hehehe... la ni nk mkn tempe pon makan dlm mimpi jer lah.hehehe