Sunday, August 2, 2009

Nasi Jagung

Alang-alang dah ada jagung lebih tu..tengahari semalam pnya menu adalah nasi jagung...Beselah, cuti2 ni byk keje rumah nak buat..xdan nak letak entry terus...Tapi kepada yang nak mencuba boleh buat lah hari ni..sempat lagi, belum tengahari sgt ni..sekejap je masak nasi ni..Resepi dari buku Chef Hanieliza tu laaa...sungguh mudah..tp sungguh sedap...makan nasi tu saja je pun boleh..x boleh sangkal lagi sedapnya...sesiapa yang xdapat lagi buku tu..sila lah try..agar tekak x "mengkelan" kata orang Pahang..faham x...maknanya macam terkilan laaa nak rasa...Meh salin resepi...Nak menaip yang malas ni..kalaulah boleh C&P je dari buku tu..hehe...tp akak buat half je dari resepi asal ni..
BahanA:-
  • 6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
  • 2 cawan isi jagung (*ummi guna jagung frozen)
  • 1/2 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
  • 8 cawan air
  • 2 biji buah tomato (potong dadu)
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (*untuk separuh dr bahan ni, ummi letak 1 sk. je)

Bahan B: (untuk tumis)

  • 5 ulas bawang merah (dimayang nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
  • 2 cm halia (dimayang halus)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bungan lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
  3. Masukkan beras, jagung, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air secukupnya, kacau rata.
  5. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.
  6. Apabila sudah masak, hidangkan bersama kuzi daging, dalca dan papadom..(hehe..akak makan dengan pencok ayam panggang jek..nasi ni sendiri dah rasa sedap, maleh nak masak lauk banyak2.. :=)

6 comments:

Anonymous said...

Kak Ummi, kalo takde rempah beriani nak pakai rempah ape ek?

Ummi said...

Ijan -
Alamak, x berani nk suggest, maybe leh rempah kurma la kot..xpun kena tnya Kak Liza la pulak...nape Ijan, susah dpt ke rempah beriani tu? :D

hanieliza said...

Salam..
TQ Ummi sbb sudi mencuba amsakan kakliza..
semoga Ummi gembira mencubanya..

Buat blogresepi..boleh saja gunakan rempah kurma..cuma rasany agak lain skit la...
anyway..as long sedap..sure licin punya..

ummi said...

Kak Liza -
Thanks atas resepi yang mmg mengancam tekak punyer, muaahhh!! Thanks jugak tlg jawabkan, ummi main agak2 jek..Ha, Ijan, apa lg..boleh la try..moga licin nasi tu..hehe

zahraELkhafii said...

best blog ni

atikah said...

salam...
kalo 6 cawan utk brapa org ye?
kalo guna beras biasa boley x?