Wednesday, August 5, 2009

Daging Masak Merah

Ni lauk dinner malam tadi...intai2 kat rumah Noreen, terberkenan nak masak daging camni...Aiman dengan abglong suka....pedas2 manis sos camtu...layaaannn...Thanks Noreen, mintak izin nak C & P je la yaa..Penat dah nk menaip banyak2..

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging - direbus sehingga lembut
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 8-10 biji cili padi - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris bulat2
  • 4 biji bawang putih - dihiris
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu makan gula
  • sedikit serbuk lada putih
  • air rebusan daging
Cara-cara:

  1. Daging yg telah direbus dan hiris tadi digoreng sehingga garing sedikit. ketepikan
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan semua bahan2 hiris dan goreng sehingga naik bau
  3. Masukkan pula sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. kacau sehingga sebati
    setelah itu masukkan sedikit air rebusan daging tadi. agak2 airnya jika hendak kuah pekat atau kuah lebih.
  4. Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata.
  5. Perasakan kuah dengan dimasukkan sedikit serbuk lada putih dan gula.
  6. Kacau semua bahan sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan

2 comments:

blogresipi said...

Berkenan betul kite ngan daging kak ummi nie... kalo blh tembus dah lama ku cedok2 masuk dlm pinggan.hehehe

Najiha Elyani said...

alorh..alorh...sedapnye!!!!!!