Wednesday, August 26, 2009

Asam Pedas

Ni lauk berbuka hari Isnin kelmarin sebenarnya..sorilah lambat posting...xda masa sungguh bulan pose nih..balik kerja je memasak bersilat sakan kat dapur...hehe..lepas maghrib je duduk kejap smbil lipat kain jap...balik je tarawih terbongkang akak tido tau (*pinjam kata2 budak Hana ni..hehe)..sedor2 jek jam bunyi untuk bangun sahur dah...weeiii laaa...macam orang "ter"dera pun ada eh...hehee...Malam ni try gak la mengadap tenet jap, penat2 pun..huhuuu...Ni hasil selongkar dapur Mat Gebu lah ni...macam2 asam pedas ada kat dapur dia tuh...Yang ni, memang sedap sungguh...kena selera tul bersahur pun...Meh la salin resepi..eh bukan salin..nak kopipes jek...hehee...mintak izin Mat eh..mata ngantuk dah ni, kalu salin lain pulak kang tangan ni naipnya...
Bahan Utama :-)
  • 5 keping ikan merah (atau apa2 ikan yg digemari)
  • 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
  • 8 - 10 batang kacang bendi, cuci, tos dan kerat
  • 21/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan secubit gula
  • 15 tangaki cili kering, kerat2 dan rendam dalam air panas, toskan*
  • 5 biji cili merah*(*dikisar lumat)
Bahan Tumbuk :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan1 inci kunyit hidup
  • 1 keping hirisan lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam (optional)
Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ikan dengan lemon dan garam, toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Tambah garam dan sedikit gula, tuang air (anggaran 2 cawan), dan kacau rata, biar mendidih.
  4. Masukkan ikan dan jus asam jawa.
  5. Bila mendidih, masukkan kacang bendi, masak hingga bendi lembut sedikit, tambah tomato dan rasa kuahnya dan tambah garam jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

5 comments:

cikmanggis said...

selamat bersahur ummi,cm pun cam ummi gak,tak cukup masa bln posa ni

MamaFaMi said...

Hok aloh, kesian lak dengor Ummi sampai terbongkang tidur. Memang letih bila berpuasa ni. Tapi tak apalah, asyik makannnn je...enjin dalam badan pun boleh haus kan. Ni bagilah dia cuti bekerja belah siang... hehehe... Psst.. mama yang tak bekerja ni pun, malam je terbongkang gak... hahaha..

Anonymous said...

Kalu ade asam pedas blh hirup2 laju je makan nasik ni kak ummi... (padahal memang laju je slalu pon).hahaha

Kakda said...

asam pedas ni menggodalah. tak tau nak masak apa bila masuk blog ummi terus confirm nak masak ni lah.

Amal Aizad said...

hmm... telan ayaq liuq glup2 dah ni.. hu.. posa2. sgt menyelerakan tgk asam pedas akak buat ni. warna merah tu yg buat hati terpaut tu.. harus cuba! =)