Monday, August 31, 2009

Ayam Percik Chef Norzailina

Selalunya kalau bulan puasa, mesti anak2 request ayam percik...Hari Sabtu baru ni Ummi, hb dengan 2 orang anak dara keluar lah shopping keperluan anak2 dara sikit (hehe..sikitt???..ntah laaa...). Jadi balik hampir zohor gak laaa...Lepas tu terus je la ke dapur...Lepas kacau puding kastad koktel terus merencah bahan untuk ayam percik pulak laa...Kali ni akak guna resepi dari dapur Chef Norz yang terkenal tuh! Tengok bahan memang sempoii sangat2, tapi rasanya wallaaahhhh uuuuu...hingga menjilat jari tau (jari tangan laaa...). Tak nyesal punya...dah la senang..Thanks to Kak Norz yang baik hati berkongsi resepi nih! Meh salin...
Bahan:-
  • 1 ekor ayam - potong 4 @ 6 (akak potong 8, senang sikit nk mkn)
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 camt. halba
  • 750 ml santan (dari 2 biji kelapa)
  • garam dan gula secukupnya

Bahan A:-

  • 3 camb. pes cili (cili kisar)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 3 cm kunyit hidup
Cara-Cara:-
  1. Kisar bahan A. Jerang bahan A dengan semua bahan lain sambil dikacau hingga ayam setengah masak.
  2. Keluarkan ayam. Masak kuah hingga pekat sedikit.
  3. Ubah ayam ke atas grill atau panggang atas bara api sambil renjis-renjiskan kuah tadi (hati-hati kerana kuah akan memercik sedikit, isshhh dah nama pun ayam percik eh).
  4. Bila masak sempurna bolehlah diangkat. Panaskan kuah seketika kemudian hidangkan dengan ayam.
Memang memercik sungguh bila letak kuah tuh...naik selemoiiihhh kabinet akak..hehe..dah namapun ayam percik..barulah betuiiii

1 comment:

geraugebang said...

Salam. tengok ayam percik, air liur pun terpercik. he he he.Tapi tak pe, kita pakai mask.