Friday, August 14, 2009

Acar Berempah Ikan Tenggiri

Lauk dinner malam tadi...sungguhlah sedapnyaaaa...resepi dari Dayang Jack ni....Akak ada tambah cili kering..nak pedas sikit..mmg membuka selera rasa ikan masam2 pedas dgn perisa ketumbar, jintan segala....habis diet akak tau Dayang...sapa x buat lg...silalah buat...nikmat makan nasi oooo...Akak buat half dari resepi di bawah ni...Dayang, akak mintak izin C&P je eh...
Bahan-bahan :-
  • 1 ekor ikan tenggiri (dibersihkan, dipotong, diperap kunyit & garam dan digoreng)
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah*
  • 1/2 sudu makan cili kering kisar (*ni akak tambah nk pedas sikit)
  • 1/3 cawan cuka
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • air secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara :-

  1. Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk (lebihkan minyak masak). Tumis bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Masukkan rempah kurma. Bila agak kering, masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, garam dan gula.
  4. Kemudian masukkan ikan dan bawang besar. Masak hingga kering.
  5. Akhir sekali masukkan tomato. Sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

ain said...

dengar nama pun dh tau sedap kak. tp bila tengok bhn2 yg berderet2 tu, alahaiii...bila le rajin nak buat ekh. akak buatkn sy sekuali boleh ke kak..??hehe

Blog Joker said...

jadi lapar nih

Am-flora said...

dgr nama dah sedap..tgk bahan lagilah sedap..(nak kata sajak bukan, pantun lagilah, tah apa2lah ya!)apa pun dah tahu memg sedap ni..macam dah terasa-rasa je kat anak tekak!

ummi said...

Ain -
Bahan banyak pun semua ada kat dpur dah tu...xyah g cari..kalau nk tggu akak wat sekuali, lmbat pulak laa..sekuali tu ada sekeping ikan je kot..hehe

Blog Joker -
Jemput makan...hehe

Am -
Hehe..pantun sedap namanya..kalu dah terasa2 tu..baik buat..mmg sedap..Akak ni pun baru je belasah lg ikan tuh..hehe, kira lauk tghri ni jugak laa..smlm x luak sgt, Aiman x makan, hb sorang je makan..akak x makan nsi malam..hiikss!

blogresipi said...

Nampak sedap nye kak ummi... pekena ngan nasik panas tak carik lauk lain dah nie...

Ummi said...

Ijan -
Hehe...tau xpaaa... :D