Friday, August 14, 2009

Watermelon Smoothie

Buat ni petang semalam...Beli tembikai dah byk hari..duk senyap je dlm peti..x kupas, xda lah org nak makan...tgk isi dah kurang fresh jugak....last2 nmpak resepi Yani ni kat rumah Hazila...so, layan je laaa..jom makan watermelon smoothie....Aiman suka sangat, 2 round akak kena wat tau...ish, ish...
Bahan-bahan( 4 - 5 orang)
  • 500 gm buah tembikai
  • 200 ml susu segar
  • 100 ml plain yogurt
  • 3 sudu besar gula pasir
  • sedikit hirisan tembikai untuk hiasan (x letak pun)
  • sedikit chocolate chips untuk hiasan
  • daun pudina untuk hiasan

Cara-Cara:-

  1. Potong dadu tembikai lebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozenkan tembikai lebih kurang 3 - 4 jam.
  2. Masukkan tembikai yang dah difrozen ke dalam mixer/blender. Tuangkan susu segar, yogurt dan juga gula. Kisar hingga jadi bentuk smoothie.
  3. Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, choc chips dan dan daun pudina.

5 comments:

akak_bieza said...

Salam Ummie,

Sedapnya kalau dimakan time- time cuaca panas macam kat sini..huhuhuh

harus ku cuba..

Take care Ummie.

ain said...

aduhai sedapnya kak ummi..lg2 nak kat bolan posa ni, mmg menyegarkan!!

amaruszati noor rahim said...

tengok gambar pun dah rtasa segar tekak. kalau dah rasa, lagilah segarnya...

blogresipi said...

Kite suke sgt jus tembikai.. tp ritu lepas minum rasa sakit badan plk. En hubby tak kasik minum dah lepas tuh..huhuhu... sian kite.

ummi said...

akak bieza -
wkumsalam..mmg best dpt musim panas2 ni...bole la try pulak eh..

Ain -
Memang pun..kalu pose nnt..huhuuu meleleh la air liur..baik rasa awal2 seblm pose ni..hehe

Zati -
Haiiii..lama x nmpak..aah mmg segar je tekak dpt nih...cuci mata je la yaaa..hehe

Ijan -
Lah..pulak dah, xleh minum tembikai ke Ijan..alahaiii siannya..xpa nnt dah sihat, tibai sungguh2 eh..