Friday, July 30, 2010

Asam Pedas Berempah

Salam Jumaat yang penuh barakah....semoga kita semua di dalam lindunganNya selalu...Okay tghri ni akak nk kongsi resepi Asam Pedas Berempah CMG @ Mat Gebu laaa...maybe ramai yang dah buat..Tp sungguh la berselera makan, sungguh sedap....dah masak malam kelmarin sebenarnya...tp duk bz melayan apa2 ntah...lambat letak entry...nk letak mlm td pun xdan...ada kenduri jiran selorong ni haaa...Okaayy laa layan dulu la ek....Sapa x cuba lgk..baik buat...sedap...agaknya kalau letak sawi jeruk tu lg best ek Mat...akak xda la pulak...letak bendi, terung, tomato segala...hahahaa...layaaannn...Mat, nak C n P je ek resepinya...kita x curi gambar tau...curi resepi jek..hehehee..Thanks Mat!

ASAM PEDAS BEREMPAH
Sumber : Mat Gebu @ CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4-5 keping daging ikan duri (boleh guna ikan tenggiri)
  • 3 kelopak sawi jeruk (optional) (akak tukar, terung, bendi n tomato)
  • 1 genggam daun kesom
  • 3/4 cawan jus asam jawa
  • 1 cm halia, diketuk
  • 1 cm lengkuas, diketuk
  • 1 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca teh lada hitam biji
  • 1/2 camca besar ketumbar biji
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 1/2 camca besar jintan kasar
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan garam dan limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk, dikerat2, rendam dalam air (boleh ganti terung atau kacang bendi).
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, lengkuas dan halia. Tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk dan juga ikan tadi, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kesom dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak ganti ikan dengan ayam pun boleh, nak ganti dengan daging pun boleh juga. Nak tambah tomato pun ok, lagi satu masa rasa tu kalau kurang asam, sila tambah lagi ikut selera masing2 yea. Sesiapa nak letak serbuk perasa pun tak de masalah. Selamat mencuba untuk semua...

6 comments:

ijan said...

uish, cam sama lak. ktie pon baru dua tiga hari buat asam pedas che mat ni... memang best! berpeluh tak hengat makan. kikiki.. nanti nak coba kambing lak :D

Suzi said...

salam ummi, sy dtg bawa mangkuk sbb asam pedas memang kegemaran saya...tapi mesti dah habis....kan? hehehe...

iu rf said...

salam ummi....

dapnyeeee...
lama tk makan ni..huhuu..
nk cket... ehehhe

take care ye ummi..

Azian Nd said...

Tgk gambar pun dah terliur...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

Ya Allah kak ummi...
sedapnya tgk asam pedas ni. saya ni dah la 'hantu' asam pedas. terliur dibuatnyer....

intan cottage said...

pergh....terliur la plak nengok asm pedas ni.tp mggu lepas dah buat.puasa lak rini lg bersembur airliur...