Tuesday, July 13, 2010

Baked Jam Filled Donuts

Walllaaahhhh!!! Just loved it!! Thanks to Gert for sharing this very easy and simple baked donuts...no kneading, no frying....Since the dough is really super-sticky, i just put in the muffin cups....more easier to handle..hahahaa...Bkn nak kata laa...mmg mau melekat semua jari-jemari nnt tauuuu...Whatever shapes la eh...asalkan gebussss...light and spongy...besssttt with your favourite filling...! Okaayyy akak translate the recipe here k....rajin sikit ni..hehee

BAKED JAM FILLED DONUTS
Sumber: Gert

Bahan:-
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 tsp sugar
  • 1 tsp yis kering
  • 2 ½ cwn tepung
  • ½ tsp garam
  • ¼ cup gula kastor
  • 3 tbsp mentega yang dicairkan
  • 1 biji telor
  • ¾ cwn susu segar suam
• 2 tbsp mentega cair – for sapuan
• jem atau custard untuk picit dalam donut dan gula icing untuk tabur


Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk kecil, campurkan yis, 1 tsp gula and 1/4 cawan air suam. Biarkan sebentar hingga naik berbuih.
  2. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, garam dan 1/4 cawan gula kastor. Tuangkan bancuhan yis, mentega cair, telor dan susu, gunakan whisk/"mixing spoon" dan adun sehingga adunan benar-beanr sebati (lebihkurang 5 minit). (Doh akan menjadi agak melekit, seperti adunan kek).
  3. Kemudian tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan naik hingga dua kali ganda. Sementara itu, gris loyang dan alas dengan kertas baking.
  4. Memandangkan doh sangat melekit, pastikan papan uli ditabur tepung rata-rata. Tuangkan doh ke atas papan adunan. Adunan akan sendirinya "spread out" kerana ia benar2 lembut dan berbintil2/berketul2 (lumpy). Jangan uli atau tepuk kuat, nnt akan hilang udaranya dan donut takkan jadi berangin (airy).
  5. Ratakan sikit doh lebihkurang 2cm, tekan dengan "cookie cutter" yang telah dicelup dengan tepung terlebih dahulu agar tidak melekat, potong doh dan gunakan spatula untuk memindahkan dari papan canai ke atas loyang. Tutup doh dan biarkan rehat selama 20 minit.
  6. Pre-heat oven pada suhu 375 degree F (*akak set 175C). Sapukan donut td dengan mentega cair dan bakar selama 12 minit atau hingga sedikit kekuningan. Keluarkan dan sejukkan di atas rack.
  7. Sediakan piping bag dengan nozzle bulat panjang (Wilton No 402-23o round tip). Picitkan ke dalam donut tersebut dengan jem kesukaan atau jem kastad. Kemudian taburkan icing sugar sebelum dihidangkan.

10 comments:

azila said...

salam k.ummi..sakan ek gebunya...tp yg pasti kalo zla try buat, sure baling kat ayam pon, leh koma ayam tu kan???hahha

Deco Choco said...

menariknya nampak donat bakar tu... lenkali bulih try ni..

ain said...

salam kak ummi, pernah nmpak donut bakar ni kat blog mummyseri. mmg berkenan, dh masuk dlm list dah. cuma tak tau bila la dpt nak buat.hehe

MAS ( DUNIAKU ) said...

salam kak ummi..petang2 ni ada donat bakar la, sedapnya..rasa sepinggan boleh..

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Erkkk mcm bess je, cuma saya kan kalau nak pancit2 ni malasss leer..haha,mcm ni lah akak buat lepas tu pos ke sedenak yeaa...

Jiya said...

donut cam mapin.. sib baik tak tertifuuu! hikhikhik!

Ida Ddapur said...

emm..sedapnyer nmpk...nanti boleh cuba

MamaFaMi said...

Ramai dah cuba donut ni. Macam teringin juga nak cuba ni sebab Ummi kata best...

mummyseri said...

salam kak ummi..
kalo pakai muffin senang keje kan kak..
nnt bile2 bikin lagi try cam ni plak :)

ICook4Fun said...

Great idea Ummi to make it in a muffin cups.