Thursday, March 3, 2011

Gulai Lemak Labu Ikan Bilis

Salam....tengahari ni just nak tayang gulai lemak labu je laaaa...lauk dinner semalam....setakat nak menghabiskan baki labu hari tuh...nnt masam lak kan....so dapat la semangkuk ni, cukup lah untuk bertiga beranak...hehee....Layaaannnn dulu la eh..

GULAI LEMAK LABU IKAN BILIS

Bahan:-
  • 1/3 bahagian labu - dipotong-potong
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 sudu teh biji lada hitam - ditumbuk
  • 1 tangkai cili merah - dipotong serong
  • 1 genggam ikan bilis - separuh ditumbuk
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 cawan santan pekat
  • sedikit serbuk kunyit
  • daun kunyit - disimpul (*tp akak lupa..hehe)
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Bersihkan labu dan masukkan dalam periuk bersama santan cair, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serbuk kunyit dan lada hitam.
  2. Masak hingga labu kelihatan lembut dan masukkan daun kunyit, cili merah dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau sebentar hingga nampak mendidih.
  4. Tutup api dan hidangkan.

10 comments:

Jiji-Fify said...

alamak dah lama tak makan labu.. boleh try nih! :D

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

Zaliedana said...

Assalam kak ummi,wah umah akak pun demam labu gak ke..ngee..Byk umah dah tgk mcm2 resepi labu klr..Sedapnya gulai lemak akak,sllu wat gulai lemak xletak lada hitam,nnti leh la try letak lada hitam lak..

Mas said...

sedappnya gulai labu tu kak ummi,
makan ngan nasi panas dan ikan goreng..dan juga sambal belacan..perhhhh...

Amy Syaquena said...

sedap gulai labu tue tapi sayangnya x leh makan..angin huhu..

p/s: jemput join contest sinar raudah

http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Alamak labu lagi. Ingatkan demam labu ni dah kebah.

izahdaut said...

teringat ak kat kampung...slalu masak labu gini...style org pahang kot..hehhee..

Sre Shaziela said...

hi kak ummi. lauk ni pekena dgn nasik panas n sambal belacan. ade plk ikan kering. pehhh layan. tak toleh kiri kanan

cik cek said...

Ummi....sedapnya tgk gulai lemak labu ni...lama dah tak masak...bila tengok teringin la pulak.... :-)

Umm Mymoonah said...

Looks very delicious, a perfect comforting stew.

Anonymous said...

as salam... kak ummi dah siap gulai labu ikut resipi ni.... tq