Thursday, March 17, 2011

Blueberry Osaka Soft Bun

Salam sejahtera.....terima kasih lah sangat-sangat kepada yang masih sudi masuk dan menyelongkar resepi-resepi di Home Sweet Home ni walaupun tuan rumah cuti bersiaran agak lama....sesekali kan, xpa laaah....mmg seronok bercuti, x kira lah di mana...hilang rasa masalah dan stress, dapat menghabiskan masa dengan anak-anak dan family lain jugak.....sungguh buat akak rasa cam nak bersara kerja je dah di umur-umur camni...kalau x da commitment segala, agaknya lama dah resign...hehee....rasa lebih relax dan boleh buat apa-apa yang kita minati kan...

Hari ni masuk ofis, kerja melambak daah....pastu malam nak update ni tadi rasa macam sakit kepala jap....pastu suh Aiman picit-picit, rasa lega sikit...boleh la hapdet jap entry yang dah licin ni....Akak buat roti ni untuk bawak bekal makan-makan masa ke Arau hari tuh....so layan je la eh...Resepi asal dari Ros @ JintanManis....pastu derhaka sikit letak blueberry filling atas tuh...sedaaappp...! Cuma gambar tu kurang mengancam sebab masa dah siap bakar dan glis dengan butter tu, mata dah mengantuk sgt, x kuasa nak amik gambar...jadi esoknya baru snap gambar, so kurang kilat la roti tu...Thanks to Ros yg share resepi roti sedap nih...sampai ke hotel terus licin...hehe


BLUEBERRY OSAKA SOFT BUN
Resepi: Ros@JintanManis
Dirujuk : Ummi @Home Sweet Home

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux:
Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan. Setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti):

  1. Kaedah 1 - penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 - Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
#Note: Akak picitkan bluberry filling ke atas roti yang telah naik dan telah disapu dengan telor dan susu tadi sebelum dibakar.

14 comments:

AdyBudika said...

dulu ingatkan roti2 macam nie leh wat kat kilang jer..errrr

izahdaut said...

kak ummiii..
saya nak try jugak lah bile tengok comel je roti ni.roti ni kalau letak inti pun sedap kot kak?

Cik Pulau said...

perhh.. sedap je nampak..
tak pernah buat pn roti kat rumah.. cik pulau and family tau beli jek kat kedai.. ishhkk..
nape la cik pulau tak pandai buat sume ni.. huhuhu

cik ain | sweet thots said...

jauh akak berjln ye, sampai ke osaka buat roti ... hihi. kalau la dpt tumpg mkn, best ni...

Mas said...

wah..gebunya roti ni...
geramm mas tengok..
cicah ngan milo pun sedapp kan kak..he..he..

tun_telani said...

kak ummiii.. sedapnyer~~ nmpk sgt gebus. huish.. kak izah dh terasa mcm nk wat tuh, nnti mesti bukak2 dapur dia dh tertonjol gambr roti gebu nih..

nor64 said...

Salam UMMI,

Sedap nampaknya roti tu..akak mintak halal copy je muffin double coklat ummi tu..baru dpt entry pagi ni..best muffin gebuss...tak sempat la akak nak taip balik..komputer akk ni pun byk sgt error dah....apappun thank q ya..salam sayanggg...

sweetazezah said...

salam ukhwah kak ummi..uikksss..hensem btoi bluberi bun akak itew..hmmm...blalah ceq dapat sambar sketoi BM ni.xkoser dah nk nguli2.telan ayo lior jew bla nengok roti2 hensem dlm blog akak&cmg sanunn.sudi2lah ke umah ceq->sweetsnonakuazizah.blogspot.com..take care kak!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

comelnya kak ummi gentel roti tu... kecik comel lote jer... rajin tul akak ni...

mekar said...

Salam Kak,

Sempat aje masak2, update blog, layan family. Ingat surirumah. rupanya wanita bekerjaya :-)
Pada sya hebat tu dpt buat roti sendiri !

jom belajar buat macaron

Anonymous said...

suka baca blog akak....

Ummi said...

Ady -
Hahhaa...ni kilang la ni...leh kuar kan 20 biji roti jek sehari...x madan..hahahahha

Izah -
Aah kalau letak inti lg sedap tuh..akak maleh dah..bakar mlm2 buta..pg esoknya nak keje..huhu

Cik Pulau -
Ha, dah tgk rsepi ni boleh la try uli tangan..janji ada oven dah! Try la..jgn takut2 eh..jadi punyerr..

Ain -
Hahhaa..perli akak ke...akak jalan jauh ke Perlis jek..xnak pi Osaka..tsunami kang..hehe

Mas -
Akak suka cicah nescafe..perrgghh..

Tun_telani -
Jom pakat2 buat...hehee

Nor64 -
Wkmsalam...hehe..ok, silakan k.Nor..no hal

Sweetazezah -
Salam ukhwah zezah..thanks ya sudi ke dapur akak...alahai uli tangan pun sekejap jek..isnyaAllah menjadi...try dulu...nnt akak singgah rumah eh..

MaDiHa -
Xda la comel mana gak pun...kebetulan terkecik kot..hahahhaa

Mekar -
Wkmsalam...salam kenal Mekar, thanks ya sudi singgah...alahaii xdalah sehebat mana pun, semua org leh buat roti tuu...hehe

Anony -
Thanks sudi singgah dan baca Anony...x rajin gak nak tulis pjg2 citer..hehe

cik nurul said...

salam...

kak ummi, tepung roti tu ada jual kat pasaraya ker?
(dah setahun baca blog ni tau...hihihi)

Yat Maria said...

Akak

bila nak wat kan kita??hehe..tgk dari jauh, tak puas arr!