Wednesday, March 30, 2011

Tahniah Buat Kak Liza, Nor dan Hana

Assalamualaikum.....Di kesempatan ini walaupun sedikit terlewat, akak ingin mengucapkan tahniah kepada 3 orang blogger yang akak kenal rapat dan pernah bertemu muka juga....Pertamanya buat blogger Chef yang memang tidak asing lagi di kalangan blogger masak terutamanya iaitu Chef Hanieliza ataupun lebih mesra membahasakan dirinya Kak Liza kerana telah pun keluar dalam Segmen Sembang-Sembang di Vlog 1Tube.my bersama Ben Ashaari. Rasanya telah ramai yang menonton Vlog tersebut dan dapat mengenali Kak Liza lebih rapat mengenai sejarah pembabitan Kak Liza di dalam dunia masakan ini hingga berjaya menghasilkan buku-buku masakan dan resepi-resepi mantap yang mudah dan senang untuk dikongsi bersama....Tahniah buat kak Liza cayang!!! Kepada yang belum menonton Vlog tersebut, sila klik di Sini....Selamat menonton...


Seterusnya dan tidak dilupakan ucapan tahniah dan kegembiraan untuk 2 orang sahabat blogger yang tidak asing lagi iaitu Nor @ Secubit Garam dan tidak ketinggalan juga Hana @ Hanamemories yang baru sahaja kembali semula ke Malaysia baru-baru ini kerana telah disambar juga oleh Jelita bagi keluaran bulan April ini. Terpapar pelbagai resepi-resepi dan gambar-gambar yang membuatkan tekak rasa terliur bila melihatnya...Sesungguhnya akak berasa seronok kerana semakin ramai geng blogger masak2 telah dijerat oleh Jelita nih..hehee...Kalian mmg "the bomb"...Ok, jom tengok...


yang atas dan ini adalah sumbangan dari Nor.....termasuk step-by-step...


yang ni dan yang bawah tu pula dari Hana...

Betul dan setuju sangat-sangat dengan pandangan dari Mat dan juga Hana, sama-sama lah kita pupuk nilai2 bersih dan positif dalam diri kita demi memartabatkan tanda aras kita sebagai blogger masak-masak yang boleh dicontohi, dijadikan penguat semangat dan tiada hasad dengki sesama kita...Apa yang kita share di alam siber ini, diharap sama2 mendapat manfaat dan ganjaranNya sekiranya kita ikhlas dan berpandangan jauh....insyaAllah...Tahniah sekali lagi Kak Liza, Nor dan Hana....I laaapppp u...hehee

16 comments:

Love2cook Malaysia said...

Congratz to the sifus!!! They rock...so do you kak!!! :D

Unknown said...

tahniah!tahniah! tumpang gumbira juga buat semua yang tersenarai memang sifu-sifu msk yg hebat-hebat ni. setuju ngan kak Ummi..bagi saya janganlah ada cemburu dan iri hati..semuanya ada kelebihan yg tersendiri...yang penting keikhlasan yg lahir dr hati..:)

Ben Ashaari said...

tq kak ummi ..kita bila lak ?

Ummi said...

Love -
Hi Love...yeaah they're great!! You too....not me lah! hehee...

Nieza -
Hehe..begitulah hendaknya kan Nieza...kita tumpang bangga dan sepatutnya biar ramai2 masuk majalah pun xpa...kasi fening crew majalah tu..hehhee

Ummi said...

Ben -
Hahahahhaha...kejiiiii punya soklan..nnt lah akak kumpul dng Hana sekali eh...so xda la segan benor...wakakakaa

Unknown said...

tumpang happy juga tau...semalam ayu tau khabar gembira ttg mereka...

kak ummi......kalau kak ummi masuk vlog, ben sambar kak ummi...ayu nak join gak.......

nanti mana tau cik mat ikut sekali..wah!!!!

Mat Gebu said...

Habislah kak ummi, tergodaa..awwww...Abg rimau pulak jelingg jee terus tukau jadi abg singa..Hana pengsan 4-5 kali..apam dot dot semua tatau mana pi sudahh..

Ummi said...

CitarasaRinduan -
Ayu...rasa nak terkucil bila Ben tulis camtu...hahahaha...kena bertapa dulu amik semangat...wahahaha..insyaAllah...Kalau Mat dtg, akak kena beli mop baru tauu...takut lebih gelak guling dr bercakap...hehehehe

Mat -
Waaaaaaaaa...kejiiiiii....Abg rimau dah mula terasa bahang dah...hahahaha. Akak dgn Hana yg pengsan...apam dot-dot tukar jd apam bantat jek bila kitaorg nampak Ben..hahahahhaha

Anna Qawina said...

aslmkm kak..tahniah buat semua yg masuk majalah tu..kak Ummi sendiri, CMG, Kak Nor..Hana & Ros & sape2 yg pernah tu kan...yang tak masuk majalah pun tahniah juga, kerana berkongsi ilmu masakan & macam2 cerita untuk pengetahuan bersama..semoga sentiasa berjaya meghasilkan yang terbaik...

Anonymous said...

Salam kenal...hai saya fitri..saya suka la dengan resepi yg ada dlm blog ni..me likey..owh...singgah dr blog en ben..
http://fitribintisenin.blogspot.com/

cik ain | sweet thots said...

K.Ummi ... kita tunggu wawancara akak lak kat Vlog tu. Bila ni kak? x sabor ... ;P

Wanieyra said...

Tahniah2 buat semua dan juga buat kak ummi....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah buat mereka2 semua termasuk kak ummi jugak.. antara sifu2 yang kami kagumi...

Sunah Sakura said...

tahniah2!!! hurmmm..tunggu kak ummi lak ni...

Jai said...

Thniah tuk kak liza, hana n nor... x lupa juga utk kak ummi sama2 dlm barisan celebrity blogger....

zaza@mamaHanin said...

tahniah kak ummi dan kakak2 the beloved one yang lain.. muahhhh utk kalian.. :)