Tuesday, March 22, 2011

Ikan Lampam Goreng Sambal Tempoyak

Assalamualaikum.....harap semuanya ok ok dan sihat selalu hendaknya...Ni nak tayang sejenis ikan sungai yang sangat sedap...TAPI!!! banyak tulang macam ikan parang gak....Akak n hb kalau makan ikan camni kena pakai spek betul2 laa...xleh main2...kang tercekik tulang...waaaaa, serik dah! Hahahahaha...jgn kutuk eh! Dan seperti biasalah, ikan banyak tulang ni isinya mmg sedap dan manis semacam kan....Akak dapat ikan lampam ni kat Mini Market melayu belakang rumah ni ha...3 ekor akak rembat...2 ekor masak nih...sekor lg nnt la...goreng2 garing je la kot...hb sebenarnya seram nak makan ikan tulang halus2 nih..hehee...Aiman akak tgk ok jek...Okay lah terus ke resepi la eh...dah beberapa kali buat resepi Mat Gebu nih....mmg sangat sedap..kalau dibiar bermalam...lg terangkat wehhh!! Cuma kali nih, akak x letak daun kunyit, saja tukar letak hirisan bunga kantan pulak...sedap sama jek! So, kepada peminat2 tempoyak dan siapa yang terliur tu, leh masak tengahari nih eh..so akak C n P resepi lg sekali kat sini eh..


IKAN LAMPAM GORENG SAMBAL TEMPOYAK
Resepi: Mat Gebu
Dirujuk : Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-

  • 3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging/akak guna ikan lampam kali ni)
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus (*kali ni akak tukar letak hirisan bunga kantan)
  • 2 batang serai, hiris serong, kasar
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 biji kecil bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 25 biji cili padi siam merah*
  • 1 camca besar penuh tempoyak
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air


Cara Membuat:-
  1. Ikan disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum,.
  4. Masukkan tempoyak, kacau dan tuang air.
  5. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  6. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

15 comments:

fyna said...

sedap!!~





jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

ayu sleeping said...

rase lapar pulak...

Mas said...

wahhh..sedapnya ikan lampam..
lama dah mas tak makan..
buat masak tempoyak goreng lak tu..perhhhh..meleleh air liur...

Watie Rose said...

tempoyak susah nak carik sekarang....

lina said...

salam kak ummi sedap ikan ni apa lagi letak tempoyak terbaik nya

eina said...

lamanye x makan ikan lampam..kat sini payah nak dapat ikan ni kak..balik kg baru blh makan..huk huk...

izahdaut said...

memang sedap la kak ummi lauk gini..asal nama tempoyak..ku rela segalanya..haha

mokwonik said...

tolak tepilah lauk lain kalau ade tempoyak nih...bes3x!

fara dean said...

yummylicious!!
baunya mesti mantop!

J41 said...

kak ikan lampam mmg sedap tp tang tulang tu... bercintan nk mkn.... klu dpt ikan betina yg ada telur lg perghhhhh....

Sha@Mama Tina said...

huhu sedihnya..sebab saya tak pandai makan masakan yang ada tempoyaknya..belum belajar makan la..

Sekadar Coretan said...

bole share resepi cara nak masak ikan patin pulak?...resepi diatas dah saya cuba ,,,sedap

Noriz said...

saya harap sya teror masak mcm akak...huhu...untung anak suami akak kan :)

vitamin said...

Sedapnya....ari ni sy nk masak ikan lampam tp x tau nk masak pe.leh try ni.tq

fiza said...

Dah selamat masak resepi ni..tgu asben balik rasa..heee tq ^_^