Thursday, August 12, 2010

Ikan Goreng Sambal Tempoyak

Okaayyy just nak masukkan entry tertunda....dah x banyak masa la bulan pose nih...nak select gambar2, nak kena resize, nak kena edit2 sikit, lama gak laa jadinya...Resepi Mat Gebu yang menggetarkan tekak akak dan family...Aiman pun dah terjebak suka kan tempoyak, dia ingat masak sambal biasa2 jek..bila akak kata tu la rasa sambal tempoyak...waah dia kata sedap ek...ha, baru menelan tempoyak budak tu..hahahaa...sungguh sedap dengan aroma daun kunyit tu....ringkas je nak masak...lepas ni rasanya nak tukar wat udang ke sotong pulak ke...mst best nih! Kan Mat kan...hehehee...Mat C n P je la resepi ko tu eh...x kuasa la nk taip2 semula....terima kasih seribu Mat! hehehee...Best!!!


IKAN GORENG SAMBAL TEMPOYAK
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)


3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

6 comments:

Kerull @ Kay Enn said...

Salam K. Ummi...Hmm sedap nampak tempoyak yang menyaluti ikan itu...ni yang nak g kedai carik tempoyak ni..hu hu

azila said...

Salam k.ummi...menggiurkan btol ikan ni..nak kena p cari ikan esok neh.hehe

ijayuji said...

Salam kak ummi! ni geng ngan kak hana ni suke tempoyak poyak niii kita tak pernah makan lagi tempoyak poyak ni, nak suh kak ummi buatkan tuk kita :D

~~@lyci@~~ said...

sedapnya umi.. alycia nak trylah.. xpernah buat dgn ikan lg... biasa buat sambal tempoyak dengan ikan bilis ajer..

maz said...

kakkk...nti nk dtg shur umah akak la ye..lauk cdp2..kita smlm shur nga rti je sping..pastu minum milo..

mas said...

memang sedap ikan goreng sambal tempoyak tu, mas dah buat dah...sedap kan kak ummi...