Monday, August 30, 2010

Sambal Telor Pecah Darat

Lagi entry tertunda menu berbuka hari Khamis lepas...masak sempoi2 jek sekali dengan daging rusa tu. Nak kosongkan peti es dah, sbb hari Jumaat nak balik kampung....hehee...Sambal Telor Pecah Darat camni mmg satu family suka. Dulu lagi tengok Mat buat, akak pun plan nak buat, asyik terbantut jek. Aiman mmg x tolak kalau lauk camni...selalu kalau bersahur dia x jamah nasi...tp bila lauk camni, terus makan nasi....kena lak nasi panas, lembik2 sikit pun lg dia suka...layaaann je la eh..!

Bahan:-
  • 4 biji telor
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 3 biji bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/4 air asam jawa
  • 1/3 cawan air (agak2)
  • 1 keping gula melaka (agak2) - dikerat kecil2
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dengan api sederhana. Kacau dan masak hingga cili pecah minyak.
  2. Masukkan gula melaka dan kacau. Masukkan air asam jawa dan air.
  3. Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Perlahan2 pecahkan kesemua telor. (jangan bertindih). Kecilkan api dan biarkan telor 3/4 masak. Kemudian baru balikkan sebelah lagi perlahan2.
  5. Bila kuah agak pekat, tutup api dan hidangkan.

3 comments:

n o h a F i z a said...

sedapnya tgk sambal telur ni....saya follow blog akak... banyak recipes ni.

Mas said...

mas pun suka buat sambal macam tu, sedap kan kak...

ijayuji said...

Salam kak ummi cayang :D waduhhh byk ketinggalan niii nak angkut sume sekali dgn kontenna, ada apa2 brg lg yg akak nak pesan masuk dlm kontenna tu?? mana2 toy akak yg dah penuh tak de tempat nk letak tu leh masuk jer sekali foc hihihi... sambal telur tu tak pernah buat nanti nk cuba, kenapa org panggil darat? tak pangil laut :D