Wednesday, August 18, 2010

Nasi Goreng Oregano

Ni melayan permintaan Aiman yang nakkan nasi goreng....dah x tau nak wat nasi goreng apa laa...So tengok2 bahan, daging ada, udang ada, sotong ada...hahaha...kita pilih daging laaa...udang tu rasa nk wat sambal nnt...sotong pun igt nak wat calamari ring nnt...hahahaa...So kelmarin layan nasi goreng oregano yang rasanya tiba2 sangat sedap pada tekak semua orang...hehehee...sendiri masak, sendiri puji laaa....kan, kan...atee tengok masing2 bertambah n nasi licin, xda bazir pun...hahaha...Layaaaannnn

NASI GORENG OREGANO (My Style)

Bahan:-
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 150 gm daging - dihiris nipis/kecil
  • 5 tangkai cili padi - diketuk
  • 1 biji bawang besar Holland - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh lada hitam yg dikisar
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu makan dried oregano
  • 2 tangkai cili hijau - dipotong serong
  • 1 biji telor
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris halus btg mancis
  • 1 1/2 cawan air - untuk rebus daging
  • minyak untuk menggoreng nasi
Cara-Cara:-
  1. Masukkan air dan daging yang telah dibersihkan di dalam kuali untuk menggoreng nasi. Rebus/masak hingga daging empuk dan air dalam kuali hampir2 kering.
  2. Bila air telah kering, terus masukkan minyak dalam kuali yang berisi daging tadi dan goreng sekejap daging.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau hingga bawang layu.
  4. Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, lada sulah, lobak merah dan oregano. Kacau.
  5. Masukkan nasi putih dan kacau rata sekejap sebelum masukkan garam secukup rasa.
  6. Kemudian tolak nasi ketepi kuali sikit dan pecahkan telor di dalam kuali. Gaul rata dengan nasi.
  7. Kacau balik nasi hingga nampak berasap masukkan cili hijau. Kacau rata sebentar dan tutup api. Hidangkan.

7 comments:

indahhouse said...

Salam kak ummi,
Bestnya buat nasi goreng. Memasak makanan kesukaan family mesti buat kita seronok.
Oh, ya kak. saya buat bingka roti gerenti sedap kelmarin. Lembik skit sebab saya guna susu cair. santan nak guna wat nasi lemak. hihi. Apapun, sungguh sedap! Cukup manisnya. Saya copy resipi dari blog kak . Thanks a lot kak..

Suzi said...

salam kak ummi,

ptg ni sy plan nak buat nasi goreng...tak tahu lg nas goreng apa. nasi goreng akak ni pun nampak sedap.

eMMe said...

kak, izinkan saya mencuba resepi nasi goreng akak nih, tq...look delicious, hope jadi la nasi goreng oregano nih, hehehehe....

Yan said...

alahhh sodap nyo..

Ena said...

sedapnya..

nak cuba la nanti..

thanks kak.. ;D

Kerull said...

Salam K.Ummi..ni mmg kena test ni..sebab hubby peminat tegar nasik goweng hi hi hi

olie fazlea Dzulkifli said...

nak try jugak la...