Friday, August 13, 2010

Udang Rock N Roll

Tu diaaaa...jangan terkejut eyyyy..bulan pose ni mana leh rock-rock kan...tp roll roll boleh kan..roll roti, roll puff kan kan...hehehee...Okaayy laaa akak nak syorkan u all masak la udang ni...dah la ringkas dan senang...sedap la pulak.....Lauk berbuka akak pada hari pertama puasa kelmarin. Resepi akak cilok dari Anekarasa ni...Besssshhhh!!! Kena pulak dengan udang galah mcm ni...heheee, hb beli masa outstation kat Rompin kelmarin...tp tu laa..udangnya ada besaauuuu...ada sedangggg...ada teciiiikkk...ek eleee..sorilah amik gambar pun nak cepat2 jek...dekat berbuka puasa daaa...hahaha


UDANG ROCK AND ROLL

Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak

Bahan-Bahan Untuk Sos:-

  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang (*akak x letak)
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicingan
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan

Cara Memasak:-

  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

10 comments:

cplud miera said...

wah..sedapnye kak..jemputla ke blog sy (i'm juz a beginner psl msk2 ni) nnt lehla tgk resepi2 akk yg sgt best nih

hana said...

haaaaa kiter tau rock n roll yg lagi satu.... kikikikiki.... udang lebey sekilo xde kak?! meh campak2 sket kat jepong!

SyahNas80 @ Nana said...

wah... menariknya.... ermmm....

ijayuji said...

waaahhhh! ini sudah bagus :D leh buat ptg nanti kalau ada udang kalau udang tak de kita ganti apa ya kak? hihihi cuba ganti cik lembik tu lah :D

ijayuji said...

kak ummi, 2 sb cili tu cili apa? sos ke ? haih! dah salin nehh hihihi

mas said...

mesti sedap udang rock n roll ni...tengok jer dah tergoda...

maz said...

kita stok udg bnyk lam pti tu..ada dlm 2 kg..bila nk msk tu ye..mkn soreng xbest aaaa..mkn nga nsi pns2 sdpnya kak weiii..

Uncle Lee said...

Hello Ummie, ha ha, this the 1st time I read about 'udang rock & roll'. The Chinese have 'drunken prawns'.

Okay, sekarang saya nanti your 'udang Joget modern'.
or, Udang ronggeng', ha ha.
Wishing you and family a pleasant bulan puasa, best regards, Lee.

Deliah's Deli said...

salam ummi...unik name ni!klu mkn, perut rock n roll skali tak? :D

Ummi said...

cplud miera -
Thanks yea singgah dapur akak, nnt akak jenguk, insyaAllah..

Hana -
Ha, suka hati la ko nk rock ke nak roll ke nak ronggeng ke...janji tak tunggang terbalik dah..hahahah

Syahnas -
Yang pasti ianya sedapppp!

Ijah -
Aiih kat Bangkok udang x naik ke..hahaha..kalau xda cuba try dgn sotong, rasanya sedap gak kot...dgn cik lembu x sure laa sedap ke tak..hahaha - ok, akak dah betulkan bahan tu, maklumlah menaip malam2 buta..hehee

Mas -
Cuba buat dan rasa...then bg feedback kat akak eh..hehe

Maz -
Weeyy byknya udang nak masak apa tuh...Maz celup tepung je ke...hehee, tp sedap ni Maz...! Bole try sikit, ratah jek kalau x makan nasi..akak pun!

Lee -
Hahahaha...Lee, this dish would surely make you licin nasi 3 pinggan..Next time I'll find out for Udang Ronggeng n Joget Melayu Prawns...hehee. Btw, thanks for the wish!

Deliah -
Wkmsalam...unik tp hebat rasanya Del...perut rock sikit jek kot..